Apabila seseorang dari kalangan kalian berdiri untuk solat, maka janganlah dia menyapu batu-batu kecil

TEKS BAHASA ARAB

إذا قام أحدكم إلى الصلاة فلا يمسح الحصى فإن الرحمة تواجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang dari kalangan kalian berdiri untuk solat, maka janganlah dia menyapu batu-batu kecil (di hadapannya) kerana sesungguhnya rahmat Allah sedang berhadapan dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 33, hadis nombor 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (945) والنسائي (3/6) والترمذي (379) وابن ماجة (1027) والدارمي (1/263) وعبد الرزاق (2398، 2399) وأحمد (5/ 150، 163، 179) وابن خزيمه (2/183) والحميدى (128) والبيهقي (2/ 284) من طريق الزهري، عن أبي الأحوص عن أبي ذر مرفوعاً فذكره. قال الترمذي: حديث حسن.
قلت: بل ضعيف. لأمرين:
الأول: أن أبا الأحوص، مجهولقال ابن القطان لا يعرف له حال وقال ابن معين: فيه جهالة. فتعقبه ابن عبد البر بقوله: قد تناقض ابن معين في هذا. فإنه سئل عن أكيمة، وقيل له: لم يرو عنه غير ابن شهاب فقال: يكفيه قول ابن شهاب: حدثني ابن أكيمة. فيلزمه مثل هذا في أبي الأحوص. أهـ‍.
قلت: وهذا إلزام بما لا يلزم لأن أبا الأحوص وعمارة بن أكيمة وإن لم يرو عنهما غير الزهري لكن ابن أكيمة أحسن حالاً من أبي الأحوص. وبيانه أن أبا الأحوص قد نص بعض أهل العلم على جهالته. أما عمارة بن أكيمة: فقد قال يعقوب بن سفيان: هو من مشاهير التابعين بالمدينة. وقال أبو حاتم : صحيح الحديث حديثه مقبول. نقله عنه ولده في الجرح والتعديل (3/ 1/362) .ووقع في التهذيب (7/ 410) : صالح تحديث. ووثقه يحيى بن سعيد القطان، مع تعنته. وذكر ابن حبان في الثقات. بل قال ابن البر: إصغاء سعيد بن المسيب إلى حديثه دليل على جلالته عندهم فلا يمكن أن يسوي هذا بهذا. وعلى التنْزل: فلو سلمنا لابن عبد البر إلزام ابن معين، فحاصل الأمر أن أبا الأحوص يقبل حديثه استشهاداً. وهذا يفهم من صنيع الحافظ، فإنه قال فيه: مقبول يعني عند المتابعة. فكيف إذا خولف. وهذا هو:
الوجه الثاني:
أن أبا الأحوص كنا نُحسن حديثه إذا توبع، أما إذا خولف فلا. فقد خالفه مجاهد. فرواه عن أبي ذر قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عن كل شيء، حتى عن مسح الحصى. فقال: واحدة.
أخرجه الطيالسي (47.) قال: حدثنا سفيان بن عيينة عن ابن أبي نجيح عن مجاهد به. وكذا أخرجه عبد الرزاق (2/40/2404) قال الطيالسي: وقال سفيان: عن الأعمش عن مجاهد عن ابن أبي ليلى عن أبي ذر عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم نحوه. أهـ‍.
قلت: وقد تكلم بعض أهل العلم في سماع عبد الله بن أبي نجيح من مجاهد. فقال ابن حبان: روى عن مجاهد من غير سماع.
وخص بعضهم هذا التفسير فقط. وصنيع الطيالسي رحمه الله يشير إلى أن مجاهداً إنما أخذه عن عبد الرحمن بن أبي ليلى.
وقد أخرجه عبد الرزاق في مصنفه (2/39/2406) وأحمد (5/163) والطحاوي في المشكل (2/183) وابن خزيمة (2/6.) من طريق سفيان الثوري، عن ابن أبي ليلى عن عبد الله بن عيسى عن عبد الرحمن بنأبي ليلى عن أبي ذر. قال فذكره باللفظ السابق.
قلت: وسنده ضعيف لأجل محمد بن عبد الرحمن بن أبي ليلى، وقد تقدم في الحديث السابق حاله.
لكن يشهد لحديثه ما أخرجه البخاري (3/79 ? فتح) ومسلم (546) وأبو عوانة (2/190، 191) وأبو داود (946) والنسائي (3/7) والترمذي (38.) وابن ماجه (1026) وأحمد (3/426) والطيالسي (1187) والدارمي (1/263) وابن خزيمة (2/51) وابن الجارود (218) والبيهقي (2/284) من طريق يحيى بن أبي كثير، حدثني أبو سلمة، عن معيقيب رضي الله عنه قال: قيل للنبي صلى الله عليه وآله وسلم في مسح الحصى في المسجد. فقال: إن كنت فاعلاً، فواحدة.وقد رواه عن يحيى بن أبي كثير جماعة، منهم: شيبان بن عبد الرحمن وهشام الدستوائي والأوزاعي.
وخالفهم معمر بن راشد في إسناده. فرواه عن يحيى بن أبي كثير عن أبي سلمة مرسلاً. أخرجه عبد الرزاق (2/40/2406) . ورواية الجماعة أرجح بلا ريب.
فالحاصل أن حديث الباب معمول بجهالة أبي الأحوص، ثم بالمخالفة، وقد قال ابن خزيمة لما أخرج حديث الباب: باب ذكر الخبر المفسر للفظة المجملة التي ذكرتها والدليل على أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قد أباح مس الحصى في الصلاة مرة واحدة.
والحمد لله على التوفيق.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (945), al-Nasa’ei (3/6), al-Tirmizi (389), Ibn Majah (1027), al-Darimi (1/263), ‘Abd al-Razzaq (2398, 2399), Ahmad (5/150, 163, 179), Ibn Khuzaimah (2/183), al-Humaidi (128) dan al-Baihaqi (2/284) melalui sanad al-Zuhri daripada Abu al-Ahwas daripada Abu Zar secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan".
Saya berkata: Bahkan ianya dha’if, kerana dua sebab iaitu :
Pertama: Abu al-Ahwas seorang perawi majhul. Ibn al-Qattan berkata: "Beliau tidak diketahui statusnya". Ibn Ma’in berkata: "Padanya ada ketidaketahuan". Ibn ‘Abd al-Bar telah mengemukakan kritikan dengan kata beliau: "Ibn Ma’in telah membuat penilaian yang bercanggah dalam hal ini”. Ibn Ma’in pernah ditanya berkenaan Ukaimah dan dikatakan kepadanya: “Tidak ada yang meriwayatkan daripada Ukaimah selain Ibn Shihab’, lalu Ibn Ma’in menjawab: ‘Memadailah Ibn Shihab berkata: ‘Ibn Ukaimah telah menceritakan kepada kami’, semestinya seperti ini jugalah bagi Abu al-Ahwas".
Saya berkata: Kemestian ini adalah sesuatu yang tidak mesti tepat kerana Abu al-Ahwas dan ‘Umarah bin Ukaimah, sekalipun tidak ada yang meriwayatkan daripada mereka berdua selain al-Zuhri, namun Ibn Ukaimah lebih baik statusnya berbanding Abu al-Ahwas. Ini dibuktikan bahawa, Abu al-Ahwas telah disebutkan secara jelas oleh sebahagian ulama bahawa beliau majhul.
Adapun ‘Umarah bin Ukaimah pula, Ya’qub bin Sufyan berkata: "Beliau antara tabi’in Madinah yang masyhur". Abu Hatim pula berkata: "Beliau perawi yang sahih hadithnya, hadithnya boleh diterima". Dinukilkan oleh anak beliau dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/1/362). Tersebut dalam al-Tahzib (7/410): "Beliau seorang yang baik hadithnya". Yahya bin Sa’id al-Qattan menilainya sebagai thiqah sekalipun Yahya bersikap keras.
Ibn Hibban menyebutkan beliau dalam al-Thiqat. Bahkan, Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "Sa’id bin al-Musayyab memberikan tumpuan terhadap hadith ‘Umarah menjadi bukti keagungan beliau di sisi mereka". Maka tidak mungkin boleh disamakan antara ‘Umarah dan Abu al-Ahwas. Jika mahu menurunkan tahap, kalaulah kita menerima pandangan Ibn ‘Abd al-Bar terhadap kemestian Ibn Ma’in tersebut, maka hasilnya adalah Abu al-Ahwas boleh diterima hadith beliau sebagai riwayat sokongan. Ini boleh difahami melalui cara al-Hafiz, kerana beliauu berkata tentang Abu al-Ahwas: "Maqbul", maksudnya ketika ada sokongan. Lalu bagaimana jika riwayat beliau dicanggahi. Inilah dia (masalahnya).
Kedua: Kami menilai hasan hadith Abu al-Ahwas sekiranya beliau disokong (oleh riwayat lain). Namun, jika dicanggahi maka tidak boleh menilainya hasan. Mujahid telah meriwayatkan berbeza dengan Abu al-Ahwas. Mujahid telah meriwayatkannya daripada Abu Zar, katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang semua perkara hinggakan menyapu anak-anak batu. Lalu Baginda SAW bersabda: "Sekali sahaja". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Tayalisi (47), katanya Sufyan bin ‘Uyainah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Abi Najih daripada Mujahid dengan sanadnya. Demikian juga dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq (2/40/2404). Al-Tayalisi berkata: "Sufyan berkata: daripada al-A’mash daripada Mujahid daripada Ibn Abi Laila daripada Abu Zar daripada Nabi SAW seumpamanya".
Saya berkata: Sebahagian ahli ilmu telah mempertikaikan berkenaan Abd Allah bin Abi Najih mendengar hadith daripada Mujahid. Ibn Hibban berkata: "Beliau meriwayatkan daripada Mujahid tidak melalui cara mendengar". Sebahagian ulama mengkhususkan perkara ini dalam tafsir sahaja. Cara al-Tayalisi r.h mengisyaratkan bahawa Mujahid sebenarnya telah mengambil hadith tersebut daripada Ibn Abi Laila. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam Musannaf beliau (2/39/2406), Ahmad (5/163), al-Tahawi dalam al-Mushkil (2/183), Ibn Khuzaimah (2/6) melalui sanad Sufyan al-Thawri daripada Ibn Abi Laila daripada Abd Allah bin ‘Isa daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Laila daripada Abu Zar, katanya…lalu beliau menyebutkan hadith tersebut dengan lafaz sebagaimana yang lepas.
Saya berkata: Sanadnya dha’if disebabkan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Rahman bin Abi Laila. Telah disebutkan status beliau dalam hadith yang lalu. Namun, hadith tersebut disokong oleh hadith yang telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (3/79- Fath), Muslim (546), Abu ‘Awanah (2/190, 191), Abu Daud (946), al-Nasa’ei (3/7), al-Tirmizi (38), Ibn Khuzaimah (1026), Ahmad (3/426), al-Tayalisi (1187), al-Darimi (1/263), Ibn Khuzaimah (2/51), Ibn al-Jarud (218) dan al-Baihaqi (2/284) melalui sanad Yahya bin Abi Kathir, katanya Abu Salamah telah menceritakan kepadaku daripada Mu’aiqib r.a, katanya: Dikatakan kepada Nabi SAW berkenaan menyapu anak-anak batu dalam masjid, lalu Baginda SAW bersabda: "Jika kamu perlu melakukannya, maka lakukanlah sekali sahaja".
Sekumpulan perawi turut meriwayatkannya daripada Yahya bin Abi Kathir, antaranya Shaiban bin ‘Abd al-Rahman, Hisham al-Dastuwa’ei, dan al-Awza’ei. Ma’mar bin Rashid pula telah meriwayatkan berbeza dengan mereka dalam sanadnya. Ma’mar telah meriwayatkan daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Salamah secara mursal. Ianya telah dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq (2/40/2406). Riwayat sekumpulan perawi lebih tepat tanpa ragu-ragu.
Kesimpulannya, hadith dalam bab ini dha’if disebabkan oleh majhulnya Abu al-Ahwas, kemudian berlaku pula perbezaan riwayat. Ibn Khuzaimah berkata ketika mengeluarkan hadith dalam bab tersebut: “Bab yang menyebutkan hadith yang menafsirkan lafaz umum yang telah saya sebutkan. Dalilnya, Nabi SAW telah memberikan keharusan untuk menyapu anak-anak batu dalam solat sekali sahaja". Segala puji bagi Allah atas petunjukNya.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.