Sujud merangkumi tujuh (anggota)

TEKS BAHASA ARAB

السجود على سبع: الجبهة والعينين والكفين والركبتين وصدور القدمين، فمن لم يمكن شيئاً منه من الأرض؛ أحرقه الله بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sujud merangkumi tujuh (anggota): Dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua tapak kaki. Jadi, sesiapa yang mana-mana daripadanya (anggota tersebut) tidak kena permukaan bumi, Allah membakarnya dengan api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Umar RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر –رضي الله عنهما-، قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((السجود على سبع: الجبهة والعينين والكفين والركبتين وصدور القدمين، فمن لم يمكن شيئاً منه من الأرض؛ أحرقه الله بالنار)).
[عد، ((الضعيفة)) (5811) ] .

(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sujud merangkumi tujuh (anggota): Dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dan dua tapak kaki. Jadi, sesiapa yang mana-mana daripadanya (anggota tersebut) tidak kena permukaan bumi, Allah membakarnya dengan api neraka.
[Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam Kitab al-Kamil, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5811].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs