Tujuh golongan yang Allah teduhi mereka di bawah teduhan-Nya pada hari tiada teduhan selain teduhan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره؛، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tujuh golongan yang Allah teduhi mereka di bawah teduhan-Nya pada hari tiada teduhan selain teduhan-Nya: Pemimpin yang adil; lelaki yang apabila seorang wanita cantik dan berkedudukan menawarkan dirinya terhadapnya lalu dia (lelaki itu) berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah tuhan seluruh alam"; lelaki yang jantung hatinya tergantung dengan masjid-masjid; lelaki yang mempelajari Quran diusia kecilnya lalu dia membacanya diusia tuanya; seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikan dari tangan kirinya; lelaki yang mengingati Allah di padang pasir lalu bercucuran airmatanya, kerana takutkan Allah ‘Azza wa Jalla; dan lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki lain lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku sayangkan kamu kerana Allah", lalu dijawab semula oleh lelaki tersebut: "Dan aku juga sayangkan kamu kerana Allah".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321-322, hadis nombor 1696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره؛، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله)).
[ هب، ((الضعيفة)) (5824) ].

(Munkar dengan potongan ini) Dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tujuh golongan yang Allah teduhi mereka di bawah teduhan-Nya pada hari tiada teduhan selain teduhan-Nya: Pemimpin yang adil; lelaki yang apabila seorang wanita cantik dan berkedudukan menawarkan dirinya terhadapnya lalu dia (lelaki itu) berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah tuhan seluruh alam; lelaki yang jantung hatinya tergantung dengan masjid-masjid; lelaki yang mempelajari Quran diusia kecilnya lalu dia membacanya diusia tuanya; seorang lelaki yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikan dari tangan kirinya; lelaki yang mengingati Allah di padang pasir lalu bercucuran airmatanya, kerana takutkan Allah ‘Azza wa Jalla; dan lelaki yang bertemu dengan seorang lelaki lain lalu dia berkata: Sesungguhnya aku sayangkan kamu kerana Allah, lalu dijawab semula oleh lelaki tersebut: Dan aku juga sayangkan kamu kerana Allah.
[Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam Kitab Shu‘ab al-Iman, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5824].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs