Barang siapa solat empat rakaat sebelum solat Asar

TEKS BAHASA ARAB

من صلى أربع ركعات قبل العصر؛ لم تمسه النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa solat empat rakaat sebelum solat Asar, api neraka tidak akan menyentuhnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 312, hadis nombor 1647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمرو بن العاص –رضي الله عنهما-، قال:
جئت ورسول الله – صلى الله عليه وسلم – قاعد في أناس من أصحابه؛ منهم عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فأدركت آخر الحديث ورسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((من صلى أربع ركعات قبل العصر؛ لم تمسه النار)).
[ عق، طس، ((الضعيفة)) (5056) ].

(Palsu) Dari Abdullah bin bin ‘Amr bin al-‘As RA, dia telah berkata: Aku telah datang ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama orang ramai di kalangan para sahabat baginda. Antara mereka ialah Umar bin al-Khattab RA, lalu aku sempat mendengar akhir perbincangan dan Rasulullah SAW berkata: Barang siapa solat empat rakaat sebelum solat Asar, api neraka tidak akan menyentuhnya.
[Diriwayatkan oleh al-‘Uqaylī dalam Kitab al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5056].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs