Suatu ketika Rasulullah ﷺ berada di padang pasir, tiba-tiba ada seseorang memanggil Baginda: “Wahai Rasulullah!” Maka Baginda pun menoleh, tetapi tidak melihat sesiapa

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله ﷺ في الصحراء فإذا مناد يناديه: يا رسول الله! فالتفت فلم ير أحدا، ثم التفت فإذا ظبية موثقة، فقالت: ادن مني يا رسول الله! فدنا منها، فقال: حاجتك؟ قالت: إن لي خشفين في ذلك الجبل، فحلني حتى أذهب، فأرضعهما، ثم أرجع إليك، قال: وتفعلين؟ قالت: عذبني الله بعذاب العشار إن لم أفعل، فأطلقها فذهبت، فأرضعت خشفيها، ثم رجعت، فأوثقها وانتبه الأعرابي، فقال: لك حاجة يا رسول الله؟ قال: نعم، تطلق هذه، فأطلقها، فخرجت تعدو، وهي تقول: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu ketika Rasulullah ﷺ berada di padang pasir, tiba-tiba ada seseorang memanggil Baginda: “Wahai Rasulullah!” Maka Baginda pun menoleh, tetapi tidak melihat sesiapa. Kemudian Baginda menoleh lagi, tiba-tiba ada seekor rusa betina yang tertambat. Rusa itu lalu berkata: “Mendekatlah kepadaku wahai Rasulullah.” Baginda ﷺ pun mendekatinya dan bersabda: “Apakah hajatmu?” Rusa itu berkata: “Sesungguhnya aku ada dua anak kecil di bukit itu, maka lepaskanlah aku agar aku dapat pergi menyusukan mereka berdua, kemudian aku akan kembali semula kepadamu.” Baginda bertanya: “Kamu akan lakukan itu?” Rusa itu membalas: “Allah akan mengazabku dengan azab pengutip cukai jika aku tidak melakukannya.” Lalu Baginda melepaskannya dan ia pergi lalu menyusukan dua anak kecilnya kemudian ia kembali, lantas Baginda menambatnya. Lalu seorang Badwi sedar (akan perkara itu) lalu berkata: “Kamu ada hajat wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Ya, lepaskanlah dia ini.” Badwi itu terus melepaskannya. Lalu rusa itu terus berlari keluar sambil berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu ialah pesuruh Allah”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 437-438, hadis nombor 2347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنها -، قالت: «كان رسول الله ﷺ في الصحراء فإذا مناد يناديه: يا رسول الله! فالتفت فلم ير أحدا، ثم التفت فإذا ظبية موثقة، فقالت: ادن مني يا رسول الله! فدنا منها، فقال: حاجتك؟ قالت: إن لي خشفين في ذلك الجبل، فحلني حتى أذهب، فأرضعهما، ثم أرجع إليك، قال: وتفعلين؟ قالت: عذبني الله بعذاب العشار إن لم أفعل، فأطلقها فذهبت، فأرضعت خشفيها، ثم رجعت، فأوثقها وانتبه الأعرابي، فقال: لك حاجة يا رسول الله؟ قال: نعم، تطلق هذه، فأطلقها، فخرجت تعدو، وهي تقول: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله». [طب، أبو نعيم، «الضعيفة» (6737)].

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Suatu ketika Rasulullah ﷺ berada di padang pasir, tiba-tiba ada seseorang memanggil Baginda: “Wahai Rasulullah!” Maka Baginda pun menoleh, tetapi tidak melihat sesiapa. Kemudian Baginda menoleh lagi, tiba-tiba ada seekor rusa betina yang tertambat. Rusa itu lalu berkata: “Mendekatlah kepadaku wahai Rasulullah.” Baginda ﷺ pun mendekatinya dan bersabda: “Apakah hajatmu?” Rusa itu berkata: “Sesungguhnya aku ada dua anak kecil di bukit itu, maka lepaskanlah aku agar aku dapat pergi menyusukan mereka berdua, kemudian aku akan kembali semula kepadamu.” Baginda bertanya: “Kamu akan lakukan itu?” Rusa itu membalas: “Allah akan mengazabku dengan azab pengutip cukai jika aku tidak melakukannya.” Lalu Baginda melepaskannya dan ia pergi lalu menyusukan dua anak kecilnya kemudian ia kembali, lantas Baginda menambatnya. Lalu seorang Badwi sedar (akan perkara itu) lalu berkata: “Kamu ada hajat wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Ya, lepaskanlah dia ini.” Badwi itu terus melepaskannya. Lalu rusa itu terus berlari keluar sambil berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu ialah pesuruh Allah”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Abū Nu‘aym. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6737].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs