TEKS BAHASA ARAB
لما أهبط الله تعالى آدم إلى الأرض؛ كان أول ما أكل من ثمارها النبق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tatkala Allah menurunkan Adam ke muka bumi, buah-buahannya yang pertama sekali dimakan oleh baginda ialah buah bidara.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428, hadis nombor 2304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لما أهبط الله تعالى آدم إلى الأرض؛ كان أول ما أكل من ثمارها النبق». [خط، ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6192)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Tatkala Allah menurunkan Adam ke muka bumi, buah-buahannya yang pertama sekali dimakan oleh baginda ialah buah bidara. [Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6192].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.