TEKS BAHASA ARAB
ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم [أيام النحر].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada perbelanjaan harta yang lebih hebat di sisi Allah selepas menghubungkan silaturahim seperti menumpahkan darah [pada hari-hari korban].
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428, hadis nombor 2306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما من نفقة بعد صلة الرحم أعظم عند الله من هراقة دم [أيام النحر]». [خط، فر، ابن عبد البر، «الضعيفة» (6347)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada perbelanjaan harta yang lebih hebat di sisi Allah selepas menghubungkan silaturahim seperti menumpahkan darah [pada hari-hari korban]". [Riwayat al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6347].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.