Siapa yang melihat kepada aurat saudaranya secara sengaja

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من نظر إلى عورة أخيه متعمداً؛ لم يتقبل الله له صلاة أربعين ليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang melihat kepada aurat saudaranya secara sengaja, Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 malam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2014, hadis nombor 10110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: من نظر إلى عورة أخيه متعمداً؛ لم يتقبل الله له صلاة أربعين ليلة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3328)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW berkata, Siapa yang melihat kepada aurat saudaranya secara sengaja, Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 malam.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3328]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.