Sesungguhnya seseorang itu pasti membeli suatu pakaian dengan harga satu dinar atau setengah dinar

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليبتاع الثوب بالدينار أو بنصف دينار، فيلبسه فما يبلغ كعبيه حتى يغفر له يعني مع الحمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang itu pasti membeli suatu pakaian dengan harga satu dinar atau setengah dinar, lalu dia memakainya tanpa mencecah kedua buku lali, hingga dia diberikan keampunan disamping dia mengucapkan Alhamdulillah (bersyukur).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 42, hadis nombor 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن السني في اليوم والليلة (رقم 15) من طريق القاسم بن مالك حدثنا أبو مسعود الجريري عن أبي نضرة عن أبي سعيد مرفوعاً فذكره.
قلْتُ: وهذا سند ضعيف. والقاسم بن مالك فيه لين. والجريري اختلط ولم يسمع فيه القاسم في حال الضبط وله شاهد من حديث أبي أمامة رضي الله عنه أخرجه الطبراني في الكبير (ج 8/ رقم 7956) من طريق جعفر بن الزبير، عن القاسم بن عبد الرحمن، عن أبي أمامة مرفوعاً: ((إن من أمتي من يأتي السوق، فيبتاع القميص بنصف دينار، أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه، حتى يغفر له.
قلت: وسنده ضعيف جداً، وجعفر بن الزبير متروك كما قال الهيثمي (5/ 119) . بل كذبه شعبة وقال: وضع على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أربعمائة وله شاهد من حديث عائشة رضي الله عنها. أخرجه ابن أبي الدنيا في الشكر (47) ومن طريقة الحافظ في نتائج الأفكار (1/ 129- 130) والخرائطي في فضلية الشكر(41) والحاكم (4/ 253) ، والبيهقي في شعب الإيمان (2/ 1/ 119) من طريق هشام بن زياد، عن أبي الزناد، عن القاسم بن محمد عن عائشة مرفوعاً: ما أنعم الله عز وجل من عبد ندامة على ذنب إلا غفر له قبل أن يستغفره. وإن الرجل ليشتري الثوب بالدينار، فيلبسه فيحمد الله عز وجل فما يبلغ ركبتيه حتى يغفر له. وعند الحاكم الفقرة الثانية منه. وعند الخرائطي الفقرة الأولى. قال الحاكم: هذا حديث صحيح الإسناد فرده الذهبي بقوله: قلت: هشام متروك. وقال الحافظ ابن حجر: هذا حديث غريب، ولم يصب يعني الحاكم في تصحيحه. فإن هشام بن زياد هو ابن المقدام ضعيف عندهم. وله طريق آخر عن القاسم. أخرجه الطبراني في الأوسط (399، 461- مجمع البحرين) ، ومن طريق الحافظ في النتائج (1/ 130) والحاكم (1/ 514) من طريق السكن بن أبي السكن البرجمي، ثنا الوليد بن أبي هشام، عن القاسم بن محمد، عن عائشة مرفوعاً بمثل اللفظ السابق. قال الحاكم: هذا حديث لا أعلم في إسناده أحداً ذكر بجرح. فرده الذهبي بقوله: قلت: بلى، قال ابن عدي محمد بن جامع العطار هو الرواي عن السكن بن أبي السكن عند الحاكم وقد ضعفه أبو حاتم وغيره. ولكن تابعه سليمان الشاذكوني عند الطبراني في الأوسط . غير أن هذه المتابعة لا تجدي شيئاً، فسليمان منهم. وله طريق آخر عن عائشة. أخرجه الطبراني في الأوسط (460- مجمع البحرين) من طريق بزيع أبي خليل عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة بنحوه، قال: تفرد به بزيع. قال الحافظ في النتائج (1/ 131): وهو ضعيف عندهم أيضاً.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (hadith : 15) melalui sanad al-Qasim bin Malik, katanya Abu Mas’ud al-Jariri telah menceritakan kepada kami daripada Abu Nadhrah daripada Abu Sa’id secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu.
Saya berkata: Sanad ini dha’if. Al-Qasim bin Malik tedapat kelemahan pada beliau. Al-Jariri pula berlaku gangguan ingatan dan al-Qasim tidak mendengar daripada beliau sewaktu keadaan ingatannya baik. Hadith tersebut terdapat sokongan daripada hadith Abu Umamah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 8/ hadith : 7965) melalui sanad Ja’far bin al-Zubair daripada al-Qasim bin ‘Abdul Rahman daripada Abu Umamah secara marfu’: "Sesungguhnya akan ada sebahagian umatku yang ke pasar, lalu dia membeli pakaian dengan harga setengah dinar atau satu pertiga dinar, lalu dia mengucapkan Alhamdulillah ketika memakainya, pakaian tidak tidak mencecah kedua buku lalinya, hingga diberikan keampuan untuknya".
Saya berkata: Sanadnya Dha’if Jiddan. Ja’far bin al-Zubair seorang yang Matruk (Terlalu Dha’if) sebagaimana kata al-Haythami (5/119), bahkan Syu’bah menilanya sebagai pendusta. Kata Syu’bah: "Beliau telah mereka-reka sebanyak 400 hadith atas nama Rasulullah SAW". Ianya ada sokongan melalui hadith ‘Aishah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukr (47), juga oleh al-Hafiz melalui sanad Ibn Abi al-Dunya dalam Nata’ij al-Afkar (1/129-130), al-Khara’iti dalam Fadhilah al-Syukr (41), al-Hakim (4/243) dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman (2/1/119) melalui sanad Hisham bin Ziyad daripada Abu al-Zinad daripada al-Qasim bin Muhammad daripada ‘Aishah secara marfu’: "Tidaklah Allah SWT berikan nikmat kepada seseorang hamba, lalu dia tahu bahawa nikmat tersebut dari sisi Allah SWT, melainkan Allah tulis untuknya pahala syukurnya. Dan tidaklah Allah SWT ketahui suatu penyesalan daripada seseorang hamba kerana suatu dosa, melainkan Allah berikan keampunan kepadanya sebelum dia meminta keampunan. Sesungguhnya seseorang itu benar-benar membeli suatu pakaian dengan harga satu dinar, lalu dia memakainya kemudian memuji Allah SWT, pakaiannya tidak mencecah kedua lututnya, hingga dia diberikan keampunan".
Menurut al-Hakim hanya ada bahagian kedua daripada hadith tersebut, manaka di sisi al-Khara’iti pula hanya ada bahagian pertama. Al-Hakim berkata: "Ini hadith yang sahih sanadnya". Al-Zahabi membalas pernyataan al-Hakim tersebut dengan katanya: "Saya berkata: Hisham seorang yang Matruk". Al-Hafiz Ibn Hajar pula berkata: "Ini adalah hadith yang gharib, tidak tepat beliau – iaitu al-Hakim – menilainya sebagai sahih. Ini kerana, Hisham bin Ziyad Ibn al-Miqdam seorang yang dha’if di sisi mereka". Hadith tersebut ada sanad lain daripada al-Qasim. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (399, 461 – Majma’ al-Bahrain), al-Hafiz dalam al-Nata’ij (1/130), dan al-Hakim (1/514) melalui sanad al-Sakan bin Abi al-Sakan al-Burjami, katanya al-Walid bin Abi Hisham telah menceritakan kepada kami daripada al-Qasim bin Muhammad daripada ‘Aishah secara marfu’ seumpama lafaz yang lepas. Al-Hakim berkata: "Hadith ini saya tidak tahu dalam sanadnya ada seorang pun yang dikritik". Lalu al-Zahabi membalas kenyataan al-Hakim itu dengan katanya: "Saya berkata: Bahkan ada! Ibn ‘Adi berkata: Muhammad bin Jami’ tidak ada sokongan terhadap hadith-hadith beliau".
Saya berkata: Muhammad bin Jami’ al-‘Attar adalah perawi yang meriwayatkan daripada al-Sakan bin Abi al-Sakan dalam riwayat al-Hakim. Abu Hatim dan lain-lain telah menilainya sebagai dha’if. Namun, riwayat beliau telah disokong oleh Sulayman al-Shazakuni dalam riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Namun, sokongan ini tidak memberikan apa-apa faedah, kerana Sulayman seorang perawi yang ditohmah melakukan pendustaan. Terdapat sanad lain daripada ‘Aishah, ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (460 – Majma’ al-Bahrain) melalui sanad Bazi’ Abi Khalil daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada ‘Aishah seumpama hadith tersebut. Al-Tabarani berkata: "Bazi’ bersendirian meriwayatkannya". Al-Hafiz berkata dalam al-Nata’ij (1/131): Beliau juga seorang yang dha’if di sisi mereka.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.