Sesungguhnya seorang wanita apabila keluar dari rumahnya, sedangkan suaminya membenci (perbuatan) itu

TEKS BAHASA ARAB

إن المرأة إذا خرجت من بيتها؛ وزوجها كاره لذلك؛ لعنها كل ملك في السماء، وكل شيء مرت عليه – غير الجن والإنس – حتى ترجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang wanita apabila keluar dari rumahnya, sedangkan suaminya membenci (perbuatan) itu, dia dilaknat oleh setiap malaikat di langit dan makhluk yang menemuinya (sepanjang perjalanan) selain jin dan manusia sehinggalah dia kembali (ke rumahnya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 949, hadis nombor 4896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إن المرأة إذا خرجت من بيتها؛ وزوجها كاره لذلك؛ لعنها كل ملك في السماء، وكل شيء مرت عليه – غير الجن والإنس – حتى ترجع)).
[طس، ((الضعيفة)) (5341)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya seorang wanita apabila keluar dari rumahnya, sedangkan suaminya membenci (perbuatan) itu, dia dilaknat oleh setiap malaikat di langit dan makhluk yang menemuinya (sepanjang perjalanan) selain jin dan manusia sehinggalah dia kembali (ke rumahnya).
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5341].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.