Pada hari kiamat, tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada

TEKS BAHASA ARAB

يوزن يوم القيامة مداد العلماء مع دم الشهداء فيرجح مداد العلماء على دم الشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada, maka tinta ulama mengatasi (berat) darah syuhada.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1007, hadis nombor 5190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الشعبي قال: خطبنا النعمان بن بشير رضي الله عنه وكان آخر من بقي من الصحابة فقال: يرفعه: يوزن يوم القيامة مداد العلماء مع دم الشهداء فيرجح مداد العلماء على دم الشهداء. [السهمي، الضعيفة (4832)].

(Palsu) Daripada al-Sya’bi berkata: al-Nu’man bin Bashir RA berkhutbah kepada kami, ketika itu beliau adalah sahabat terakhir yang masih hidup, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada hari kiamat, tinta ulama ditimbang dengan darah syuhada, maka tinta ulama mengatasi (berat) darah syuhada. [Riwayat al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 4832]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs