Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

{اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون}، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لو أن قطرة من الزقوم قطرت في دار الدنيا لأفسدت على أهل الدنيا معايشهم فكيف بمن يكون طعامه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW membaca ayat ini: {Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.} [Ali Imran: 102] Baginda berkata: Sekiranya satu titik daripada al-Zaqqum jatuh ke dunia nescaya akan musnahlah kehidupan penduduk dunia, maka bagaimana pula halnya dengan orang yang Zaqqum menjadi makanannya (ahli neraka?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1594, hadis nombor 8048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ هذه الآية: {اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون}، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لَوْ أَنَّ قَطْرَةً مِنْ الزَّقُّومِ قُطِرَتْ فِي دَارِ الدُّنْيَا لَأَفْسَدَتْ عَلَى أَهْلِ الدُّنْيَا مَعَايِشَهُمْ فَكَيْفَ بِمَنْ يَكُونُ طَعَامَهُ)). [ت، ن، في ((الكبرى))، هـ، حب، ك، حم، البيهقي في ((البعث))، الطيالسي، طب، طس، طص، ((الضعيفة)) (6782)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini: {Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.} [Ali Imran: 102] Baginda berkata: Sekiranya satu titik daripada al-Zaqqum jatuh ke dunia nescaya akan musnahlah kehidupan penduduk dunia, maka bagaimana pula halnya dengan orang yang Zaqqum menjadi makanannya (ahli neraka?)).
[Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya, al-Nasa’ie dalam Sunan al-Kubra, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, al-Baihaqi dalam al-Ba’th, al-Toyalisi, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Awsat, dan al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6782].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.