Sesungguhnya seorang hamba itu berkata-kata dengan satu kalimah

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد ليتكلم بالكلمة لا يلقي لها بالا يرفعه الله بها درجات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba itu berkata-kata dengan satu kalimah yang dia tidak peduli mengenainya, lalu Allah mengangkatnya dengan beberapa darjat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180 hadis nombor 918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: إن العبد ليتكلم بالكلمة لا يلقي لها بالا يرفعه الله بها درجات.
[خ، حم، هب، المروزي في ((زوائد الزهد، ((الضعيفة) (1299)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang hamba itu berkata-kata dengan satu kalimah yang dia tidak peduli mengenainya, lalu Allah mengangkatnya dengan beberapa darjat.
[Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Marwazi dalam Zawaid al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1299]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs