Sesungguhnya rahmat tidak akan turun ke atas sebuah kaum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الرحمة لا تنزل على قوم فيهم قاطع رحم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya rahmat tidak akan turun ke atas sebuah kaum yang terdapat pada mereka orang yang memutuskan silaturahim.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180 hadis nombor 917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدّاً)
عن عبدالله بن أبي أوفى – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: إن الرحمة لا تنزل على قوم فيهم قاطع رحم.
[خد، ((الضعيفة)) (1456)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abdullah bin Abu Awfa RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sesungguhnya rahmat tidak akan turun ke atas sebuah kaum yang terdapat di dalam mereka seseorang yang memutuskan silaturahim.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1456]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.