Mahukah kamu aku memberitahu tentang mereka yang jahat dalam kalangan kamu?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم بشراركم؟ قالوا: بلى يا رسول الله، قال: الذي ينزل وحده، ويمنع رفده، ويجلد عبده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah kamu aku memberitahu tentang mereka yang jahat dalam kalangan kamu? Para sahabat berkata: Kami mahu wahai Rasulullah. Baginda berkata: (Iaitu) seseorang yang duduk secara bersendirian, menghalang pemberiannya (tidak memberi kepada orang yang memerlukan), serta dia memukul hambanya dengan sebatan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180 hadis nombor 919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: ألا أخبركم بشراركم؟ قالوا: بلى يا رسول الله، قال: الذي ينزل وحده، ويمنع رفده، ويجلد عبده.
[عق، ك، ((الضغيفة)) (1467)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mahukah kamu aku memberitahu tentang mereka yang jahat dalam kalangan kamu? Para sahabat berkata: Kami mahu wahai Rasulullah. Baginda berkata: (Iaitu) seseorang yang duduk secara bersendirian, menghalang pemberiannya (tidak memberi kepada orang yang memerlukan), serta dia memukul hambanya dengan sebatan.
[ٍٍٍRiwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1467]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.