Sesungguhnya sekarang dia sedang mendengar detakan selipar kalian

TEKS BAHASA ARAB

إنه يسمع الآن خفق نعالكم؛ أتاه منكر ونكير، أعينهما مثل قدور النحاس، وأنيابهما مثل صياصي البقر، وأصواتهما مثل الرعد، فيجلسانه، فيسألانه: ما كان يعبد؟ ومن كان نبيه؟ فإن كان ممن يعبد الله؛ قال: كنت أعبد الله، ونبيي محمد ﷺ؛ جاء بالبينات، فآمنا به واتبعناه، فذلك قول الله: {يثبت الله الذين آمنوا بالقول الثابت في الحياة الدنيا وفي الآخرة}، فيقال له: على اليقين حييت، وعليه مت، وعليه تبعث، ثم يفتح له باب إلى الجنة، ويوسع له في حفرته. وإن كان من أهل الشك؛ قال: لا أدري! سمعت الناس يقولون شيئا فقلته، فيقال له: على الشك حييت، وعليه مت، وعليه تبعث، ثم يفتح له باب إلى النار، ويسلط عليه عقارب وتنانين، لو نفخ أحدهم في الدنيا ما أنبتت شيئا؛ تنهشه، وتؤمر الأرض فتضم؛ حتى تختلف أضلاعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sekarang dia sedang mendengar detakan selipar kalian. Malaikat Munkar dan Nakir datang kepadanya: mata mereka berdua seperti periuk tembaga, taring mereka berdua seperti tanduk lembu dan suara mereka berdua seperti bunyi petir. Lalu mereka berdua akan mendudukkan dia (si mati), lalu mereka berdua bertanya kepadanya: Siapakah yang dia sembah dahulu? Siapakah nabinya dahulu? Sekiranya dia termasuk kalangan mereka yang menyembah Allah, dia akan menjawab: "Dahulu aku menyembah Allah dan nabiku ialah Muhammad ﷺ. Baginda datang dengan bukti-bukti yang nyata, maka kami beriman dengannya dan kami mengikutinya". Demikian itulah firman Allah: "Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat". Maka dikatakan kepadanya: "Kamu telah hidup dengan keyakinan, kamu juga telah mati dalam keadaan itu, dan kamu dibangkitkan kembali dalam keadaan itu juga". Kemudian dibukakan baginya sebuah pintu ke syurga dan diluaskan baginya dalam lubang (kuburnya). Namun sekiranya dia termasuk kalangan yang ragu-ragu, dia akan menjawab: "Aku tidak tahu! Aku telah mendengar manusia mengatakan sesuatu, maka aku pun turut mengatakannya". Maka dikatakan kepadanya: "Kamu telah hidup dalam keadaan ragu-ragu, kamu juga telah mati dalam keadaan itu, dan kamu dibangkitkan kembali dalam keadaan itu juga". Kemudian dibukakan baginya sebuah pintu ke neraka dan dicengkamkan padanya kala jengking dan ular besar. Sekiranya salah satu daripadanya menghembuskan nafasnya ke dunia, nescaya tidak akan tumbuh suatu apapun. Binatang-binatang tadi akan menyengatnya dan bumi akan diperintahkan untuk menghimpit, sehingga tulang-tulang rusuknya akan saling berlaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 504, hadis nombor 2690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: شهدنا جنازة مع نبي الله ﷺ فلما فرغ من دفنها وانصرف الناس قال نبي الله ﷺ: «إنَّهُ يسمَعُ الآنَ خَفقَ نعالِكم؛ أتاهُ مُنْكرٌ ونَكيرٌ، أعينُهما مثلُ قدورِ النُّحاسِ، وأنيابُهما مثلُ صَياصي البقَرِ، وأصواتُهما مثلُ الرَّعدِ، فيُجلِسانِهِ، فيَسألانِهِ: ما كانَ يعبدُ؟ ومن كانَ نبيُّهُ؟ فإن كانَ ممَّن يعبدُ اللَّهَ؛ قالَ: كنتُ أعبدُ اللَّهَ، ونبيِّي محمَّدٌ ﷺ؛ جاءَ بالبيِّناتِ، فآمنَّا بِهِ واتَّبعناهُ، فذلِكَ قولُ اللَّهِ: {يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ }، فيقالُ لَهُ: على اليقينِ حَييتَ، وعليْهِ مِتَّ، وعليْهِ تُبعَثُ، ثمَّ يُفتحُ لَهُ بابٌ إلى الجنَّةِ، ويوسَّعُ لَهُ في حفرتِهِ. وإن كانَ من أَهلِ الشَّكِّ؛ قالَ: لا أَدري! سمعتُ النَّاسَ يقولونَ شيئًا فقلتُهُ، فيقالُ لَهُ: على الشَّكِّ حَييتَ، وعليْهِ مِتَّ، وعليْهِ تُبعثُ، ثمَّ يفتحُ لَهُ بابٌ إلى النَّارِ، ويسلَّطُ عليْهِ عقاربُ وتَنانينُ، لو نفخَ أحدُهم في الدُّنيا ما أنبتَت شيئًا؛ تنْهشُهُ، وتؤمَرُ الأرضُ فتُضَمُّ؛ حتَّى تختلِفَ أضلاعُهُ». [طب، «الضعيفة» (5385)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Kami menyaksikan seorang jenazah bersama Rasulullah ﷺ. Setelah selesai pengebumiannya dan orang ramai pulang, Nabi ﷺ bersabda: Sesungguhnya sekarang dia sedang mendengar detakan selipar kalian. Malaikat Munkar dan Nakir datang kepadanya: mata mereka berdua seperti periuk tembaga, taring mereka berdua seperti tanduk lembu dan suara mereka berdua seperti bunyi petir. Lalu mereka berdua akan mendudukkan dia (si mati), lalu mereka berdua bertanya kepadanya: Siapakah yang dia sembah dahulu? Siapakah nabinya dahulu? Sekiranya dia termasuk kalangan mereka yang menyembah Allah, dia akan menjawab: "Dahulu aku menyembah Allah dan nabiku ialah Muhammad ﷺ. Baginda datang dengan bukti-bukti yang nyata, maka kami beriman dengannya dan kami mengikutinya". Demikian itulah firman Allah: "Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat". Maka dikatakan kepadanya: "Kamu telah hidup dengan keyakinan, kamu juga telah mati dalam keadaan itu, dan kamu dibangkitkan kembali dalam keadaan itu juga". Kemudian dibukakan baginya sebuah pintu ke syurga dan diluaskan baginya dalam lubang (kuburnya). Namun sekiranya dia termasuk kalangan yang ragu-ragu, dia akan menjawab: "Aku tidak tahu! Aku telah mendengar manusia mengatakan sesuatu, maka aku pun turut mengatakannya". Maka dikatakan kepadanya: "Kamu telah hidup dalam keadaan ragu-ragu, kamu juga telah mati dalam keadaan itu, dan kamu dibangkitkan kembali dalam keadaan itu juga". Kemudian dibukakan baginya sebuah pintu ke neraka dan dicengkamkan padanya kala jengking dan ular besar. Sekiranya salah satu daripadanya menghembuskan nafasnya ke dunia, nescaya tidak akan tumbuh suatu apapun. Binatang-binatang tadi akan menyengatnya dan bumi akan diperintahkan untuk menghimpit, sehingga tulang-tulang rusuknya akan saling berlaga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5385].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.