Hanya sanya syafaat pada hari kiamat itu diberikan kepada mereka yang berbuat dosa besar

TEKS BAHASA ARAB

إنما الشفاعة يوم القيامة لمن عمل الكبائر من أمتي ثم ماتوا عليها، وهم في الباب الأول من جهنم، لا تسود وجوههم ولا تزرق عيونهم، ولا يغلون بالأغلال، ولا يقرنون مع الشياطين، ولا يضربون بالمقامع، ولا يطرحون في الأدراك، منهم من يمكث فيها ساعة ثم يخرج، ومنهم من يمكث فيها يوما ثم يخرج، ومنهم من يمكث فيها شهرا ثم يخرج، ومنهم من يمكث فيها سنة ثم يخرج، وأطولهم مكثا فيها: مثل الدنيا منذ يوم خلقت إلى يوم أفنيت، وذلك سبعة آلاف سنة… وذكر بقية الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hanya sanya syafaat pada hari kiamat itu diberikan kepada mereka yang berbuat dosa besar kemudian mereka mati ketika melakukannya, dalam keadaan mereka berada di pintu pertama neraka jahanam. Muka mereka tidak menjadi hitam, mata mereka tidak menjadi biru, mereka tidak dibelenggu dengan belenggu, mereka tidak dihimpunkan bersama syaitan, mereka tidak dipukul dengan pemotong dan mereka tidak dicampak ke dasar dalam. Ada daripada mereka yang menetap seketika di dalam neraka kemudian dia keluar. Ada daripada mereka yang menetap selama sehari di dalamnya kemudian dia keluar. Ada daripada mereka yang menetap selama sebulan di dalamnya kemudian dia keluar. Ada daripada mereka yang menetap selama setahun di dalamnya kemudian dia keluar. Orang yang paling lama menetap daripada kalangan mereka itu seperti (tempoh) dunia sejak ia dicipta sehinggalah ia hancur, demikian itu ialah tujuh ribu tahun… lalu dia menyebutkan baki hadis ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 503, hadis nombor 2689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إنّما الشّفاعةُ يومَ القيامةِ لِمَنْ عَمِلَ الكبائرَ مِنْ أُمَّتِي ثم ماتُوا عليها، وهم في البابِ الأوَّل من جهنَّم، لا تَسْوَدُّ وجوهُهم ولا تَزْرَقُّ عيونُهم، ولا يُغَلُّون بالأغلالِ، ولا يُقْرَنون مَعَ الشياطينِ، ولا يُضْرَبون بالمقامعِ، ولا يُطْرَحون في الأدراكِ، منْهم من يمكثُ فيها ساعةً ثمَّ يخرج، ومنهم مَنْ يمكثُ فيها يوماً ثمَّ يخرجُ، ومنهم من يمكث فيها شهرًا ثمَّ يخرج، ومِنْهم من يمكثُ فيها سنةً ثمَّ يخرجُ، وأطولُهم مُكْثًا فيها: مثلّ الدُّنيا مُنْذُ يَوْم خلقتْ إلى يَوم أُفْنِيَتْ، وذلك سبعةُ آلافِ سنةٍ… وذكر بقية الحديث». [الحكيم، «الضعيفة» (5381)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Hanya sanya syafaat pada hari kiamat itu diberikan kepada mereka yang berbuat dosa besar kemudian mereka mati ketika melakukannya, dalam keadaan mereka berada di pintu pertama neraka jahanam. Muka mereka tidak menjadi hitam, mata mereka tidak menjadi biru, mereka tidak dibelenggu dengan belenggu, mereka tidak dihimpunkan bersama syaitan, mereka tidak dipukul dengan pemotong dan mereka tidak dicampak ke dasar dalam. Ada daripada mereka yang menetap seketika di dalam neraka kemudian dia keluar. Ada daripada mereka yang menetap selama sehari di dalamnya kemudian dia keluar. Ada daripada mereka yang menetap selama sebulan di dalamnya kemudian dia keluar. Ada daripada mereka yang menetap selama setahun di dalamnya kemudian dia keluar. Orang yang paling lama menetap daripada kalangan mereka itu seperti (tempoh) dunia sejak ia dicipta sehinggalah ia hancur, demikian itu ialah tujuh ribu tahun"… lalu dia menyebutkan baki hadis ini. [Riwayat al-Hakim al-Tirmidzi dalam Nawadir al-Usul. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5381].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs