Sesungguhnya ibu bapa akan memiliki hutang terhadap anak mereka berdua

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ibu bapa akan memiliki hutang terhadap anak mereka berdua. Apabila tiba hari kiamat, mereka berdua akan berpaut padanya. Lalu dia berkata: "Aku ialah anak kalian berdua!". Maka ibu bapanya akan berhasrat dan berharap kalaulah ia (hutang itu) lebih banyak daripada yang demikian!

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 504-505, hadis nombor 2691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن زاذان، قال: دخلت على عبد الله بن مسعود وقد سبق إلى مجلسه أصحاب الخز والديباج، فقلت: أدنيت الناس وأقصيتني؟! فقال: ادن، فأدناني حتى أقعدني على بساطه، ثم قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «إنه يكونُ للوالدين على وَلَدِهِما دَيْنٌ، فإذا كان يومُ القيامةِ يَتَعَلَّقانِ به. فيقولُ: أنَا وَلَدُكُما! فيَوَدَّانِ أو يَتَمَنَّيَانِ لو كان أكثرَ من ذلك!». [طب، «الضعيفة» (5012)].

(Munkar) Daripada Zazan, beliau berkata: Aku telah bertemu dengan Abdullah bin Mas’ud dalam keadaan pemilik khazz dan dibaj (dua jenis kain sutera) telah mendahului untuk bertemu beliau. Lantas aku bertanya: "Adakah kamu mendekati orang ramai sedangkan kamu menjauhi aku?". Maka beliau membalas: "Mendekatlah", lalu beliau mendekatkanku sehingga aku diminta untuk duduk di atas permaidaninya. Kemudian beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya ibu bapa akan memiliki hutang terhadap anak mereka berdua. Apabila tiba hari kiamat, mereka berdua akan berpaut padanya. Lalu dia berkata: "Aku ialah anak kalian berdua!". Maka ibu bapanya akan berhasrat dan berharap kalaulah ia (hutang itu) lebih banyak daripada yang demikian! [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5012].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.