Sesungguhnya, sebaik-baik amalan orang yang beriman ialah jihad di jalan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أفضل عمل المؤمن الجهاد في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya, sebaik-baik amalan orang yang beriman ialah jihad di jalan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis nombor 5089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن محمد وعمر وعمار أبي حفص عن آبائهم عن أجدادهم قالوا: جاء بلال إلى أبي بكر رضي الله عنه، فقال: يا خليفة رسول الله! إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن أفضل عمل المؤمن الجهاد في سبيل الله)). وقد أردت أن أربط نفسي في سبيل الله حتى أموت، فقال أبو بكر: أنا أنشدك بالله يا بلال وحرمتي وحقي؛ لقد كبرت سني وضعفت قوتي واقترب أجلي، فأقام بلال معه، فلما توفي أبو بكر رضي الله عنه جاء عمر، فقال له مثل ما قال أبو بكر، فأبى بلال عليه، فقال عمر رضي الله عنه: فمن يا بلال؟ فقال: إلى سعد، فإنه قد أذن بقباء على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم. فجعل عمر الأذان إلى سعد وعقبه. [طب، عد، ((الضعيفة)) (2979)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Muhammad, Umar dan Ammar Abu Hafs daripada ayah-ayah mereka daripada datuk-datuk mereka berkata: Bilal datang menemui Abu Bakr RA, lalu berkata: Wahai khalifah Rasulullah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya, sebaik-baik amalan orang yang beriman ialah jihad di jalan Allah)). Justeru aku ingin menjadikan diriku berkawal di jalan Allah sehinggalah aku meninggal dunia. Lantas Abu Bakr berkata: Aku menyerumu dengan nama Allah wahai Bilal, dan dengan bahagianku dan hakku, umurku telah tua, kekuatanku semakin lemah, dan ajalku semakin hampir. Bilal pun tinggal bersamanya. Apabila Abu Bakr RA meninggal dunia, Umar pun datang memberitahunya seperti yang disebutkan oleh Abu Bakr. Bilal tidak mahu. Umar RA pun berkata: Kalau begitu, siapa, wahai Bilal? Dia menjawab: Kepada Sa’ad, kerana sesungguhnya dia telah azan di Quba’ ketika zaman Rasulullah SAW. Umar pun menjadikan urusan azan kepada Sa’ad dan keturunan selepasnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-kabir dan Ibn Adiy dalam al-Kamil fiḍ-Ḍu’afa’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2979]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.