Sesungguhnya kebanyakan orang yang mati syahid dalam kalangan umatku ialah yang mati di atas katil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أكثر شهداء أمتي لأصحاب الفرش، ورب قتيل بين الصفين الله أعلم بنيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kebanyakan orang yang mati syahid dalam kalangan umatku ialah yang mati di atas katil. Boleh jadi seseorang mati di antara dua saf (medan perang), tetapi hanya Allah lebih tahu niatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis nombor 5090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إبراهيم بن عبيد بن رفاعة أن أبا محمد أخبره – وكان من أصحاب ابن مسعود -: حدثه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه ذكر عنده الشهداء، فقال: ((إن ‌أكثر ‌شهداء أمتي لأصحاب الفرش، ورب قتيل بين الصفين الله أعلم بنيته)). [حم، ((الضعيفة)) (2988)]

(Lemah) Daripada Ibrahim bin Ubaid bin Rifa’ah, bahawasanya Abu Muhammad memberitahunya – beliau adalah seorang sahabat Ibn Mas’ud RA: Beliau memberitahunya daripada Rasullah SAW bahawa pernah disebutkan kepada Baginda tentang orang-orang yang mati syahid, lalu Baginda berkata: Sesungguhnya kebanyakan orang yang mati syahid dalam kalangan umatku ialah yang mati di atas katil. Boleh jadi seseorang mati di antara dua saf (medan perang), tetapi hanya Allah lebih tahu niatnya. [Riwayat Ahmad. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2988]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.