Aku akan memberitahumu sebaik-baik perkara yang seseorang lelaki mendapat keuntungan (melaluinya)

TEKS BAHASA ARAB

أنا أنبئك بخير رجل ربح، قال: ماهو يا رسول الله؟ قال: ركعتين بعد الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku akan memberitahumu sebaik-baik perkara yang seseorang lelaki mendapat keuntungan (melaluinya). Dia bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dua rakaat selepas solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis nombor 5088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد الله بن سلمان: أن رجلا من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم حدثه، قال: لما ‌فتحنا ‌خيبر أخرجوا غنائمهم من المتاع والسبي، فجعل الناس يتبايعون غنائمهم، فجاء رجل فقال: يا رسول الله لقد ربحت ربحا ما ربح مثله أحد من أهل هذا الوادي! قال: ويحك ما ربحت؟ قال: ما زلت أبيع وأبتاع حتى ربحت ثلاثمئة أوقية. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا أُنبِئك بخير رجل ربح، قال: ما هو يا رسول الله؟ قال ركعتين بعد الصلاة)). [د، ((الضعيفة)) (2948)]

(Lemah) Daripada Ubaidullah bin Salman, bahawasanya seorang lelaki daripada sahabat Nabi SAW memberitahunya dengan berkata: Apabila kami menawan Khaibar, mereka mengeluarkan harta rampasan perang mereka daripada barangan dan tawanan. Lalu mereka saling bertukar-tukar harta rampasan perang. Kemudian seorang lelaki datang lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku telah mendapat keuntungan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di lembah ini! Baginda bertanya: Wah (terkejut), apakah yang engkau menangi? Dia menjawab: Aku berterusan menjual dan membeli sehingga aku mendapat 300 uqiyah. Lantas Rasulullah SAW bersabda: Aku akan memberitahumu sebaik-baik perkara yang seseorang lelaki mendapat keuntungan (melaluinya), Dia bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dua rakaat selepas solat. [Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2948]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs