Sesungguhnya sebahagian dari sunnah dalam solat fardu ialah apabila seseorang itu bangun dari dua rakaat yang pertama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من السنة في الصلاة المكتوبة إذا نهض الرجل في الركعتين الأوليين أن لا يعتمد على الأرض إلا أن يكون شيخا كبيرا لا يستطيع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebahagian dari sunnah dalam solat fardu ialah apabila seseorang itu bangun dari dua rakaat yang pertama, hendaklah dia tidak menongkat pada tanah melainkan sekiranya dia adalah seorang yang tua bangka dan tidak berupaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis nombor 1684. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي –رضي الله عنه-  قال: ((إن من السنة في الصلاة المكتوبة إذا نهض الرجل في الركعتين الأوليين أن لا يعتمد على الأرض إلا أن يكون شيخا كبيرا لا يستطيع)).
[ الضياء، ((الضعيفة)) (5877) ].

(Lemah) Dari Ali RA, dia berkata: Sesungguhnya sebahagian dari sunnah dalam solat fardu ialah apabila seseorang itu bangun dari dua rakaat yang pertama, hendaklah dia tidak menongkat pada tanah melainkan sekiranya dia adalah seorang yang tua bangka dan tidak berupaya.
[Diriwayatkan oleh al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam Kitab al-Ahadith al-Mukhtarah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5877].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon