TEKS BAHASA ARAB
إن للمنافقين علامات يعرفون بها: تحيتهم لعنة، وطعامهم نهبة، وغنيمتهم غُلُولٌ ، ولا يقربون المساجد إلا هجرا، ولا يأتون الصلاة إلا دبرا، مستكبرين، لا يألفون ولا يؤلفون، خشب بالليل، صخب بالنهار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya, bagi orang-orang munafiq beberapa petanda yang boleh dikenali mereka dengannya: Salam penghormatan buat mereka dengan laknat, makanan mereka dengan rampasan, harta rampasan perang mereka dengan pengkhianatan, mereka tidak menghampiri masjid melainkan dengan menyepi, mereka tidak datang untuk solat melainkan dipenghujung. Mereka orang-orang yang sombong. Mereka tidak ramah dan mereka juga tidak boleh dilayan dengan ramah. Mereka menjadi kayu di malam hari dan bising di siang hari.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 319, hadis nombor 1682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إن للمنافقين علامات يعرفون بها: تحيتهم لعنة، وطعامهم نهبة، وغنيمتهم غُلُولٌ ، ولا يقربون المساجد إلا هجرا، ولا يأتون الصلاة إلا دبرا، مستكبرين، لا يألفون ولا يؤلفون، خشب بالليل، صخب بالنهار)).
[ حم، البزار، ((الضعيفة)) (5872) ].
(Sanad lemah) Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW, telah bersabda: Sesungguhnya, bagi orang-orang munafiq beberapa petanda yang boleh dikenali mereka dengannya: Salam penghormatan buat mereka dengan laknat, makanan mereka dengan rampasan, harta rampasan perang mereka dengan pengkhianatan, mereka tidak menghampiri masjid melainkan dengan menyepi, mereka tidak datang untuk solat melainkan dipenghujung. Mereka orang-orang yang sombong. Mereka tidak ramah dan mereka juga tidak boleh dilayan dengan ramah. Mereka menjadi kayu di malam hari dan bising di siang hari.
[Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Kitab Musnad-nya dan al-Bazzar dalam Musnad-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5872].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.