Sesungguhnya Allah berselawat terhadap orang yang berada di sebelah kanan susunan saf

TEKS BAHASA ARAB

إن اللهَ يُصلِّي على مَيَامِنِ الصُّفُوف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berselawat terhadap orang yang berada di sebelah kanan susunan saf.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 320, hadis nombor 1686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا اللفظ) ((إن اللهَ يُصلِّي على مَيَامِنِ الصُّفُوفِ)).
[((الضعيفة)) (5686) ].

(Tiada asal baginya dengan lafaz ini) Sesungguhnya Allah berselawat terhadap orang yang berada di sebelah kanan susunan saf.
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5686].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs