Sesungguhnya orang pertama yang memasuki pintu ini adalah ahli syurga

TEKS BAHASA ARAB

إن أول من يدخل هذا الباب رجل من أهل الجنة فدخل عبد الله بن سلام فقام إليه ناس من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم فأخبروه بقول النبي صلى الله عليه وسلم وقالوا: فأخبرنا بأوثق عملك في نفسك ترجو به قال: أنى لضعيف وإن أوثق ما أرجو به سلامة الصدر وترك ما لا يعنيني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang pertama yang memasuki pintu ini adalah ahli syurga. Lalu ‘Abdullah bin Salam pun masuk, segolongan orang dalam kalangan sahabat Nabi SAW pun bangun menemui beliau, lalu menceritakan kepadanya sabda Nabi SAW tadi. Mereka pun bertanya: Ceritakanlah kepada kami tentang amalan yang paling engkau percayai pada dirimu yang engkau harapkan mendapat syurga?. Beliau menjawab: Sesungguhnya aku seorang yang lemah. Amalan yang paling aku percayai yang aku harapkan untuk memperolehi syurga adalah dada (hati) yang sejahtera dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 76, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه إسحاق بن راهويه في مسنده كما في المطالب (4/ 120- 121) وابن أبي الدنيا في الصمت (ج 1/ ق 13/ 2) من طريق أبي معشر عن محمد بن كعب قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكره. قال الحافظ: فيه ضعف، وانقطاع، وأصله في الصحيح.
قلت: أما الضعف آت من أبي معشر واسمه نجيح بن عبد الرحمن، ضعفه ابن معين وابن المديني والنسائي وأبو داود وغيرهم. وأما الانقطاع فالصواب أن يقال: الإرسال، وذلك أن محمد بن كعب القرظي لم يدرك النبي صلى الله عليه وآله وسلم. قال الحافظ العراقي في المغني (3/ 113) : وأخرجه ابن أبي الدنيا هكذا مرسلا:، وفيه نجيح، واختلف فيه. قلت: كذا في المطبوعة والظاهر أن العبارة كانت: وفيه أبو معشر نجيح فقط اسم معشر.
وأما قوله: وأصله في الصحيح فيشير إلى ما أخرجه البخاري (7/ 129- فتح) ومسلم (2484/ 148- 149) واللفظ له، وأحمد (5/ 452) عن قيس بن عباد قال: كنت بالمدينة في ناس فيهم بعض أصحاب النبي – صلى الله عليه وسلم -، فجاء رجل في وجهه أثر من خشوع فقال بعض القوم: هذا رجل من أهل الجنة، هذا رجل من أهل الجنة. فصلى ركعتين يتجوز فيهما ثم خرج فاتبعته فدخل منزله ودخلت. فتحدثنا فلما استأنس قلت له: إنك لما دخلت قبل، قال رجل كذا وكذا قال سبحان الله! ، ما ينبغي لأحد أن يقول ما لا يعلم. وسأحدثك لم ذاك؟ رأيت رؤيا على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فقصصتها عليه. رأيتني في روضة. ذكر سعتها وعشبها وخضرتها ووسط الروضة عمود من حديد أسفله في الأرض وأعلاه في السماء. في أعلاه عروة، فقيل لي: ارفعه فقلت له: لا أستطيع. فجاءني منصف قال ابن عوف: المنصف الخادم فقال بثيابي من خلفي يعني فأخذ بثيابي ورفعني وصف أنه رفعه من خلفه بيده – فرقيت حتى كنت في أعلى العامود، فأخذت بالعروة، فقيل لي: استمسك. فلقد استيقظت وإنها لفي يدي. فقصصتها على النبي صلى الله عليه وسلم فقال: تلك الروضة الإسلام، وذلك العمود الإسلام، وتلك العروة عروة الوثقى، وأنت على الإسلام حتى تموت. قال: والرجل عبد الله بن سلام. وفي رواية لمسلم أن النبي صلى الله عليه وسلم – قال: يموت عبد الله وهو آخذ بالعروة الوثقى. وأخرجه مسلم (2484- 150) والنسائي في الرؤيا من الكبرى كما في أطراف المزي (4/ 353) وابن ماجة (3920) وأحمد (5/ 452- 453) من طريق خرشة بن الحر الفزاري نحوه. وظاهر من السياق أنه ليس فيه تشابه مع حديث الباب سوى أن عبد الله بن سلام من أهل الجنة. وهذا ما عناه بقوله: أصله في الصحيح، فلذا لا يصلح شاهدا له لافتراقهما. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ishaq bin Rahawaih dalam Musnad beliau sebagaimana dalam al-Matalib (4/120-121), Ibn Abi al-Dunya dalam a-Sumt (juz 1/hlm. 13/2) melalui sanad Abu Ma’shar daripada Muhammad bin Ka’b, katanya Rasulullah SAW bersabda….lalu beliau pun menyebutkannya. Al-Hafiz berkata: "Dalam sanadnya terdapat kelemahan dan terputus sanad. Asal hadith itu ada dalam al-Sahih".
Saya berkata: Dha’ifnya berpunca daripada Abu Ma’shar, namanya Najih bin ‘Abdul Rahman, beliau telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, Ibn al-Madini, al-Nasa’ei, Abu Daud dan lain-lain. Manakala, terputusnya sanad pula sebetulnya disebut Mursal kerana Muhammad bin Ka’b al-Qurtubi tidak sempat bertemu dengan Nabi SAW. Al-Hafiz al-‘Iraqi dalam al-Mughni (3/1123): "Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi al-Dunya seperti itu secara mursal. Dalam sanadnya terdapat Abu Najih, terdapat perbezaan pendapat tentang beliau". Saya berkata: Demikianlah dalam edisi bercetak (bagi kitab al-Mughni). Zahirnya ungkapan tersebut: "Dalam sanadnya terdapat Abu Ma’shar Najih", telah gugur nama: "Ma’shar".
Adapun kata-kata beliau: "Asalnya terdapat dalam al-Sahih", beliau isyaratkan hadith yang telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (7/129 – Fath), Muslim (2484/148-149) dan lafaznya oleh Muslim, Ahmad (5/452) daripada Qais bin ‘Ubbad, katanya: “Sewaktu aku di Madinah, dalam kalangan mereka terdapat sebahagian sahabat Nabi SAW, lalu seorang lelaki yang pada wajahnya terdapat kesan khusyu’ telah datang, sebahagian orang berkata: "Ini adalah lelaki daripada kalangan ahli syurga, ini adalah lelaki daripada kalangan ahli syurga". Beliau pun solat dua rakaat seperti sedang menahan derita dalam dua rakaat itu. Kemudian dia pun keluar, lalu aku mengikutinya. Dia pun masuk ke rumahnya dan aku juga masuk. Kami pun berbual-bual, apabila berkesempatan aku pun bertanya kepadanya: "Sewaktu engkau masuk tadi, kenapa ada lelaki berkata sekian sekian?". Beliau berkata: "Maha Suci Allah, tidak sepatutnya seseorang berkata sesuatu yang dia tidak ketahui. Mahukah aku ceritakan kepadamu sebabnya? Pada zaman Rasulullah SAW, aku pernah melihat suatu mimpi, lalu aku pun ceritakannya kepada Baginda SAW bahawa aku melihat ada sedang di suatu taman – beliau menyebutkan keluasannya, tanah berumputnya dan kehijauannya -, pertengahan Raudhah terdapat tiang-tiang yang diperbuat daripada besi, bahagian bawahnya adalah bumi dan bahagian paling atasnya adalah langit, bahagian atasnya terdapat tali. Dikatakan kepadaku: "Dakilah!". Aku pun berkata: "Aku tidak mampu". Lalu dibawakan kepadaku seorang Minsaf (Ibn ‘Awf berkata: al-Minsaf bermaksud Khadam), beliau pun memegang bajuku dari arah belakang seraya mengangkatku – beliau menunjukkan cara orang itu mengangkatnya dari arah belakang menggunakan tangannya -, lalu aku pun naik hingga aku berada dibahagian paling atas tiang, lalu aku pun memegang tali tersebut, Kemudian dikatakan kepadaku: "Peganglah". Aku pun tersebar, rupanya ianya berada ditanganku. Aku pun menceritakannya kepada Nabi SAW, Baginda SAW pun bersabda: "Taman itu adalah Islam, tiang itu adalah Islam, tali itu adalah al-‘Urwah al-Wuthqa (kalimah Tauhid). Kamu akan berada atas agama Islam hingga kamu mati". Perawi berkata: "Lelaki itu adalah Abd Allah bin Salam". Dalam riwayat Muslim pula, Nabi SAW bersabda: "Abd Allah akan meninggal dunia dalam keadaan dia sedang memegang al-‘Urwah al-Wuthqa (kalimah Tauhid)". Ianya telah dikeluarkan oleh Muslim (2484/150), al-Nasa’ei dalam al-Ru’ya – daripada al-Kubra – sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (4/353) Ibn Majah (3920), Ahmad (5/452-453) melalui sanad Kharashah bin al-Hur al-Fazari seumpama hadith itu.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs