Sesungguhnya al-Qur'an ini adalah hidangan daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن هذا القرآن مآدبة الله فاقبلوا من مأدبته ما استطعتم إن هذا القرآن هو حبل الله والنور المبين والشفاء النافع عصمة لمن تمسك به ونجاة لمن تبعه لا يزيغ فيستعتب ولا يعوج فيقوم، ولا تنقضي عجائبه، ولا يخلق من كثرة الرد. اتلوه فإن الله يأجركم على تلاوته كل حرف عشر حسنات أما إني أقول آلم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya al-Qur’an ini adalah hidangan daripada Allah, oleh itu terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Qur’an ini adalah tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang memberikan manfaat, penyelamat kepada sesiapa yang berpegang dengannya, penyelamat bagi sesiapa yang mengikutinya, tidak ada pemeseongan hingga menyebabkan kelelahan, tidak ada kecondongan menyebabkannya lurus, tidak berkurangan keajaiban-keajaibannya dan tidak terpengaruh disebabkan banyak penentangan. Bacalah al-Qur’an, Allah akan memberikan pahala atas bacannya. Setiap hurufnya sebanyak 10 kebaikan. Aku tidak katakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf, sebaliknya Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 88-89, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه محمد بن نصر في قيام الليل (72) والحاكم (1 / 555) وابن حبان في المجروحين (1/ 100) من طرق عن إبراهيم بن مسلم الهجري عن أبي الأحوص عن ابن مسعود مرفوعا وقد رواه عن إبراهيم هكذا مرفوعا جماعة منهم ابن فضيل وأبو معاوية وابن الأجلح وصالح بن عمر. وخالفهم ابن عيينة وجعفر بن عون فرويا الحديث عن إبراهيم الهجري بسنده لكن أوقفاه. أخرجه الطبراني في الكبير (ج 9 / رقم 8646) من طريق عبد الرزاق وهذا في مصنفه (3/375 -376) والدارمي (2 / 310) والشجري في الأمالي (1/84). والاختلاف في الدفع والوقف إنما هو من إبراهيم الهجري قال الحافظ: لين الحديث رفع موقوفات. أ. هـ‍.
قلت: والموقوف أشبه والطرق عند الدارمي والطبراني تدل على ذلك. وأما قول الحاكم: صحيح الإسناد ولم يخرجاه. فرده الذهبي بقوله: إبراهيم بن مسلم ضعيف. وأما آخر الحديث اتلوه فإن الله يأجركم الخ. فقد صح عن ابن مسعود مرفوعا وقد خرجته في الانشراح في آداب النكاح (رقم 147) . فالحمد لله على التوفيق.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Muhammad bin Nasr dalam Qiyam al-Lail (72), al-Hakim (1/555), dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/100) melalui sanad daripada Ibrahim bin Muslim al-Hijri daripada Abu al-Ahwas daripada Ibn Mas’ud secara marfu’. Hadith tersebut juga telah diriwayatkan daripada Ibrahim dengan sanad tersebut secara marfu’ oleh sekumpulan perawi, antaranya Ibn Fudhail, Abu Mu’awiyah, Ibn al-Ajlah dan Soleh bin ‘Umar.
Ibn ‘Uyainah dan Ja’far bin ‘Awn telah meriwayatkan berbeza dengan mereka tadi. Mereka berdua (Ibn ‘Uyainah dan Ja’far) telah meriwayatkannya daripada Ibrahim bin al-Hijri dengan sanadnya namun secara mawquf. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 9/ : hadith : 8646) melalui sanad ‘Abd al-Razzaq, juga hadith ini ada dalam Musannaf beliau (3/375- 376), al-Darimi (2/310), dan al-Shajari dalam al-Amali (1/84). Perbezaannya adalah dari sudut marfu’ ataupun mauquf. Puncanya adalah daripada Ibrahim al-Hijri. Al-Hafiz berkata: "Beliau seorang yang lemah hadithnya, beliau meriwayatkan secara marfu’ bagi hadith-hadith yang mawquf".
Saya berkata: Riwayat yang mawquf adalah lebih tepat, sanad di sisi al-Darimi dan al-Tabarani yang membuktikannya. Adapun kata al-Hakim: "Sahih sanadnya, namun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya", ianya telah dijawab balik oleh al-Zahabi, kata beliau: "Ibrahim bin Muslim seorang yang dhai’f". Adapun bahagian akhir hadith tersebut: "Bacalah al-Qur’an, sesungguhnya Allah akan memberikan pahala kepada kamu…", ianya sahih daripada Ibn Mas’ud secara marfu’. Hadith tersebut telah saya kemukakan sumbernya dalam al-Insyirah Fi Adab al-Nikah (hadith : 147). Alhamdulillah atas petunjukNya.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs