Sesungguhnya syurga itu tidak halal untuk orang yang berbuat maksiat

TEKS BAHASA ARAB

إن الجنة لا تحل لعاص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syurga itu tidak halal untuk orang yang berbuat maksiat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis nombor 5091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثوبان رضي الله عنه مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال في مسير له: إنا ‌مدلجون الليلة إن شاء الله تعالى، فلا يرحلن معنا مضعف، ولا مصعب، فارتحل رجل على ناقة له صعبة، فسقط، فاندقت عنقه فمات، فأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يدفن، ثم أمر بلالا فنادى: ((إن الجنة لا تحل لعاص)). [ك، حم، ابن أبي عاصم، أبو يعلى في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (2987)]

(Lemah) Daripada Thauban RA, bekas hamba Rasulullah SAW,daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda pernah berkata kepadanya dalam satu perjalanan: Kita akan berjalan malam ini dengan izin Allah Ta’ala, janganlah ada tunggangan yang berjalan bersama kita yang sakit atau bermasalah. Lalu seorang lelaki berjalan menunggang untanya yang bermasalah lantas dia jatuh. Lalu tengkuknya patah dan dia pun meninggal dunia. Rasulullah SAW menyuruh agar dia ditanam. Kemudian baginda menyuruh Bilal dan menyeru: Sesungguhnya syurga itu tidak halal untuk orang yang berbuat maksiat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Abi ‘Aasim dalam al-Sunnah, dan Abu Ya’ala dalam Mu’jamnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2987]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs