Berhijrahlah daripada maksiat

TEKS BAHASA ARAB

اهجري المعاصي؛ فإنها أفضل الهجرة، وحافظي على الفرائض؛ فإنها أفضل الجهاد، وأكثري من ذكر الله؛ فإنك لا تأتين بشيء أحب إليه من كثرة ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berhijrahlah daripada maksiat; sesungguhnya ia sebaik-baik hijrah. Jagalah kewajipan, sesungguhnya ia sebaik-baik jihad. Banyakkanlah berzikir kepada Allah, sesungguhnya kamu tidak akan datang dengan sesuatu yang lebih dicintai oleh-Nya melebihi zikir kepada-Nya yang banyak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis nombor 2692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سليم أم أنس بن مالك – رضي الله عنها – أنها قالت: يا رسول الله أوصني؟ قال: «اهجري المعاصيَ؛ فإنَّها أفضلُ الهجرة، وحافظي على الفرائضِ؛ فإنها أفضلُ الجهاد، وأكثري من ذكرِ اللهِ؛ فإنَّك لا تأتينَّ بشيءٍ أحبَّ إليه من كثرةِ ذكرِه». [طب، طس، «الضعيفة» (5119)].

(Lemah) Daripada Ummu Sulaym, ibu Anas bin Malik RA, bahawa beliau berkata: "Wahai Rasulullah, berikanlah pesanan kepadaku?". Baginda menjawab: "Berhijrahlah daripada maksiat; sesungguhnya ia sebaik-baik hijrah. Jagalah kewajipan, sesungguhnya ia sebaik-baik jihad. Banyakkanlah berzikir kepada Allah, sesungguhnya kamu tidak akan datang dengan sesuatu yang lebih dicintai oleh-Nya melebihi zikir kepada-Nya yang banyak". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5119].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.