Sesungguhnya hati-hati itu benar-benar akan bersih sebagaimana bersihnya besi apabila terkena air

TEKS BAHASA ARAB

إن القلوب لتصدأ كما يصدأ الحديد إذا أصابه الماء. قالوا يا رسول الله وما جلاؤها؟ قال: كثرة ذكر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hati-hati itu benar-benar akan bersih sebagaimana bersihnya besi apabila terkena air. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah cara untuk mengilapkannya? Baginda menjawab: Perbanyakkan zikir kepada Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 113, hadis nombor 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن عدي في الكامل (1/ 258) ومن طريقه ابن الجوزي في الواهيات (2/ 832) من طريق إبراهيم بن عبد السلام، ثنا عبد العزيز بن أبي رواد، عن نافع عن ابن عمر مرفوعاً فذكره. قال ابن عدي: وهذا الحديث رواه غير إبراهيم بن عبد السلام هذا، عن عبد العزيز بن أبي رواد عن أبيه. وهو معروف بعبد الرحيم بن هارون الغساني عن عبد العزيز بن أبي رواد وهو مشهور وإبراهيم مجهول ولجهله سرقه منه. أ. هـ‍.
ثم رواه ابن عدي في ترجمة عبد الرحيم بن هارون من الكامل (5/ 1921). قلت: وعبد الرحيم هذا قال فيه الدارقطني: متروك الحديث كان يكذب. وله شاهد من حديث أنس رضي الله عنه. أخرجه ابن عدي (7/ 2494) من طريق النضر بن محرز، عن محمد بن المنكدر عن أنس مرفوعاً: إن للقلوب صدأ كصدأ الحديد، وجلاؤها الاستغفار. قال ابن عدي: حديث غير محفوظ. قلت: وآفته النضر هذا قال في الميزان : مجهول وقال ابن حبان: لا يحتج به.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/258), Ibn al-Jawzi daripada sanad Ibn ‘Adi dalam al-Wahiyat (2/832) melalui sanad Ibrahim bin ‘Abdul Salam, katanya ‘Abdul ‘Aziz bin Abi Rawwad telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu. Ibn ‘Adi berkata: "Perawi selain Ibrahim bin ‘Abdul Salam telah meriwayatkan hadith ini daripada ‘Abdul ‘Aziz bin Abi Rawwad daripada ayahnya. Perawi tersebut dikenali sebagai ‘Abdul Rahim bin Harun al-Ghassani daripada ‘Abdul ‘Aziz bin Abi Rawwad. Beliau (‘Abdul Rahim) dikenali, manakala Ibrahim pula majhul. Dan kerana beliau majhul, maka beliau telah mencuri (mendakwa mendengar hadith sedangkan tidak) hadith itu daripada beliau". Kemudian, Ibn ‘Adi telah meriwayatkan hadith itu dalam biografi ‘Abdul Rahim bin Harun dalam al-Kamil (5/1921).
Saya berkata: ‘Abdul Rahim itu, al-Daraqutni berkata tentangnya: "Matruk al-Hadith, beliau selalu berdusta". Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Anas RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (7/2494) melalui sanad al-Nadhr bin Muhriz daripada Muhammad Ibn al-Munkadir daripada Anas secara marfu’: "Sesungguhnya bagi hati-hati itu ada karat seperti karatnya besi dan pengilapnya adalah istighfar". Ibn ‘Adi berkata: "Hadith yang tidak Mahfuz". Saya berkata: Puncanya adalah al-Nadhr tersebut. Al-Zahabi berkata dalam al-Mizan: "Majhul" dan Ibn Hibban berkata: "Tidak boleh berhujjah dengan (hadith) beliau".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.