Dua orang lelaki dari umatku akan bangun untuk solat

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجلين من أمتي ليقومان إلى الصلاة وركوعهما وسجودهما واحد، وإن ما بين صلاتيهما كما بين السماء والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua orang lelaki dari umatku akan bangun untuk solat. Rukuk dan sujud mereka satu dan sesungguhnya antara solat mereka berdua umpama langit dan bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 259, hadis nombor 461. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي المختصر: إن الرجلين من أمتي ليقومان إلى الصلاة وركوعهما وسجودهما واحد، وإن ما بين صلاتيهما كما بين السماء والأرض. موضوع.

Dan Kitab al-Mukhtasar: Sesungguhnya dua orang lelaki dari umatku akan bangun untuk solat. Rukuk dan sujud mereka satu dan sesungguhnya antara solat mereka berdua umpama langit dan bumi. Palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.