Sesungguhnya Dawud memohon kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhan! Dikatakan (oleh orang): Wahai Tuhan Ibrahim, Ishak dan Ya’akub

TEKS BAHASA ARAB

إن داود سأل ربه فقال: يا رب! إنه يقال: رب إبراهيم وإسحاق ويعقوب، فاجعلني رابعهم حتى يقال: ورب داود. فقال: يا داود! إنك لم تبلغ ذلك؛ إن إبراهيم لم يعدل بي شيئاً قط، ألا ترى إليه إذ يقول: [{أفرأيتم ما كنتم تعبدون أنتم وآباؤكم الأقدمون فإنهم عدو لي إلا رب العالمين} ] . يا داود! وأما إسحاق؛ فإنه جاد بنفسه لي في الذبح. وأما يعقوب؛ فإني ابتليته ثمانين سنة، فلم يسئ بي الظن ساعة قط؛ فلن تبلغ ذلك يا داود


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Dawud memohon kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhan! Dikatakan (oleh orang): Wahai Tuhan Ibrahim, Ishak dan Ya’akub. Jadikanlah aku yang keempat daripada mereka sehingga disebutkan: Tuhan Dawud. Allah berkata: Wahai Dawud! kamu belum lagi sampai ke tahap itu. Sesungguhnya Ibrahim tidak menyamaiku sedikitpun. Tidakkah kamu melihat kepada firman-Nya: “Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuh-Ku, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam. [al-Syuara’: 75-77] Wahai Dawud! Adapun Ishak, dia bersungguh-sungguh dengan dirinya untuk-Ku ketika ingin dikorbankan (oleh Ibrahim). Ya’kub pula, sesungguhnya aku mengujinya selama 80 tahun dan dia tidak pernah berburuk sangka denganku walaupun sesaat. Maka, kamu tidak akan sampai ke tahap itu wahai Dawud!


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1700, hadis nombor 8560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Sa'id al-Khudri RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs