Sesungguhnya bagi Allah bumi yang putih di sebalik bumi kamu. Cahayanya dan putihnya perjalanan matahari kamu ini selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB

إن لله تعالى أرضاً مِنْ وراءِ أرضِكُم بيضاء، نورُهَا وبياضُهَا مسيرة شَمْسِكم هذه أربعينَ يوماً – قالوا: كأن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يعني مثلَ الدنيا أربعينَ مرةً -، فيها عبادٌ لله تعالى لم يَعْصُوه طرفةَ عَيْن. [قالوا: يا رسول الله! مِنَ الملائكة هم؟ قَال: ما يعلمونَ أن الله خَلَقَ الملائكة. قالوا: أَفَمِنْ وَلَدِ آدم هم؟] قال: ما يعلمونَ أن الله خَلَقَ اَدمَ ولا إبليس! هم قوم يقالُ لهم: الرَّوْحَانِيون، خَلَقَهمُ الله مِنْ ضَوْءِ نُورِهِ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi Allah bumi yang putih di sebalik bumi kamu. Cahayanya dan putihnya perjalanan matahari kamu ini selama 40 hari. Mereka berkata: Seakan-akan Rasulullah SAW mengatakan seperti dunia sebanyak 40 kali- Padanya hamba Allah yang tidak melakukan maksiat kepada-Nya walaupun sekelip mata. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Daripada malaikat mereka itu? Baginda menjawab: Mereka tidak pun mengetahui yang Allah menciptakan Malaikat: Adakah mereka itu daripada anak Adam? Baginda menjawab: Mereka tidak pun mengetahui yang Allah menciptakan Adam begitu juga iblis. Mereka ialah al-Rauhaniyyun, Allah mencipta mereka daripada sinaran cahaya-Nya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1700-1701, hadis nombor 8562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu al-Shaykh dalam al-‘Azamah.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon