Sesungguhnya Nabi SAW berniat umrah dari Ji’ranah dan Baginda

TEKS BAHASA ARAB

عن محمد بن جعفر: أن النبي صلى الله عليه وسلم: (اعتمر صلى الله عليه وسلم من الجعرانة, وقال: اعتمر منها سبعون نبيًا)

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Muhammad bin Ja’afar berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berniat umrah dari Ji’ranah dan Baginda berkata: Telah berniat umrah darinya 70 para nabi.”

 

STATUS

Munkar

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1669, hadis nombor 8558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis [yang tidak dinyatakan sahabat yang meriwayatkannya] ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Sa’ad.

Lafaz akhirnya (70 nabi berumrah dari ja’ranah) dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs