Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku untuk menjadikan Abu Bakar sebagai ayah, Umar sebagai penunjuk,Uthman sebagai tempat menyandar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله أمرني أن أتخذ أبا بكر والدا، وعمر مشيرا، وعثمان سندا، وأنت يا علي ظهيرا. أنتم أربعة قد أخذ الله لكم الميثاق في أم الكتاب، لا يحبكم إلا مؤمن تقي، ولا يبغضكم إلا منافق مسيء، أنتم خلفاء نبوتي وعقد ذمتبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku untuk menjadikan Abu Bakar sebagai ayah, Umar sebagai penunjuk,Uthman sebagai tempat menyandar dan engkau wahai Ali sebagai penolong. Allah telah mengikat perjanjian dengan kalian berempat dalam Umm Al-Kitab. Tiada yang mencintai kamu melainkan seorang mukmin yang bertakwa. Tiada seorang yang akan membenci melainkan seorang munafik yang suka berbuat jahat. Kamu adalah para pengganti kenabianku dan memegang perjanjianku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 384, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا، وقال: منكر جدا. وفي إسناده: مجهولان. وقد أخرجه ابن عساكر من طريق الدارقطني عن عبد الله بن جحش و أخرجه هو وأبو نعيم في فضائل الصحابة عن حذيفة.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Sangat munkar. Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang majhul (tidak dikenali). Disebutkan oleh Ibn Asakir daripada jalan al-Daraqutni daripada Abdullah bin Jahsy dan juga Abu Nu’aim dalam Fadhail al-Sahabah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs