Sesungguhnya ketika Allah mengikat perjanjian dengan para Nabi, Dia telah mengikat perjanjian dengan kamu sedang kamu masih berada dalam sulbi Adam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله لما أخذ ميثاق النبيين، أخذ ميثاقك، وأنت في صلب آدم، فجعلك سيد الأنبياء، وجعل وصيك سيد الأوصياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya ketika Allah mengikat perjanjian dengan para Nabi, Dia telah mengikat perjanjian dengan kamu sedang kamu masih berada dalam sulbi Adam. Lalu dia menjadikan kamu penghulu para Nabi, dan pewaris kamu adalah penghulu para pewaris.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis nombor 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الدارقطني: موضوع.

al-Daraqutni berkata: Palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.