Bahawasanya suatu hari Rasulullah SAW menceritakan perihal syurga. Lalu seorang lelaki bangun mendatanginya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه صلى الله عليه وآله وسلم وصف ذات يوم الجنة. فقام إليه رجل. فقال: يا رسول الله، أفي الجنة برق؟ قال: نعم. والذي نفسي بيده إن عثمان ليتحول من منزل إلى منزل فتبرق له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawasanya suatu hari Rasulullah SAW menceritakan perihal syurga. Lalu seorang lelaki bangun mendatanginya. Dia berkata: Wahai Rasulullah, adakah di dalam syurga ada kilat? Baginda menjawab: Ya. Demi jiwaku yang di tangan-Nya sesungguhnya Uthman akan berpindah dari rumah ke rumah lalu syurga menyinar untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 341, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، وهوموضوع.
قال في الميزان: هذا كذب. انتهى. وفي إسناده: الحسين بن عبيد الله العجلى قال الدارقطني: كان يضع الحديث. وقد أخرجه أبو نعيم في فضائل الصحابة من طريقه. وأخرجه الحاكم في المستدرك. وقال: صحيح على شرط الشيخين. وتعقبه الذهبي. وقال: بل موضوع.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi, ia adalah palsu.
Dia berkata dalam al-Mizan: Ini adalah dusta. Pada sanadnya terdapat al-Husain bin Ubaidullah al-Ijli. al-Daraqutni berkata: Dia memalsukan hadith. Diriwayatkan juga oleh Abu Nuaim dalam Fadhail al-Sahabah melalui jalannya. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dia berkata: Sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Al-Zahabi mengkritik dan berkata: Bahkan ia palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs