Sesungguhnya Allah SWT telah memilihku dan telah memilih sahabat-sahabat untukku

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل اختارني، واختار لي أصحابا فجعل لي منهم وزراء وأنصارا وأصهارا فمن سبهم فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل الله منه يوم القيامة صرفا ولا عدلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT telah memilihku dan telah memilih sahabat-sahabat untukku. Lalu Allah jadikan untukku dalam kalangan mereka ada yang pembantu-pembantu, penolong-penolong dan ipai-duai. Oleh itu, sesiapa yang mencela mereka, maka laknat Allah, malaikat dan semua manusia ke atasnya. Allah tidak akan menerima daripadanya pada hari Kiamat mana-mana urusan dan keadilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 90, hadis nombor 71. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 17 / رقم 349) وفي الأوسط (ج 1 / رقم 459) والآجري في الأربعون (ص – 45) وأبو نعيم في الحلية (2/ 11) والخطيب في تلخيص المتشابه (2/ 631) من طريق الحميدي نا محمد بن طلحة التيمي حدثني عبد الرحمن بن سالم، عن عبد الرحمن بن عتبة بن عويم بن ساعدة، عن أبيه، عن جده مرفوعا فذكره. قال الطبراني: لا يروي هذا الحديث عن عويم بن ساعدة إلا بهذا الإسناد تفرد به محمد بن طلحة.
قلت: وسنده ضعيف وله آفتان: الأولى: عبد الرحمن بن سالم مجهول العين والصفة لم يرو عنه غير محمد بن طلحة. وقد صرح الحافظ في التقريب بأنه مجهول الثانية: سالم بن عبد الرحمن أيضا لم يرو عنه غير ولده عبد الرحمن، فهو مجهول مثله. وقد قال البخاري عن الحديث: لم يصح. نقله الحافظ في ترجمة عبد الرحمن بن سالم من التهذيب.
وله شاهد من حديث أنس رضي الله عنه. أخرجه العقيلي في الضعفاء (1 / 126) من طريق أحمد بن عمران الأخنسي، قال: حدثنا عبد الرحمن بن محمد المحاربي قال: حدثنا عبيدة بن أبي رائطة الخزاعي عن أبي جعفر عن أنس مرفوعا: إن الله اختارني، فاختار لي أصحابي وأصهاري. وسيأتي قوم يسبونهم وينتقصونهم فلا تجالسوا ولا تشاربوهم ولا تؤكلهم، ولا تناكحوهم.
وهو باطل، وأحمد بن عمران قال البخاري: منكر الحديث وتركه أبو حاتم وأبو زرعة: وفيه مجاهيل، وقد اختلف في إسناده كثيرا، وقد روى العقيلي كل ذلك. أخرجه الخطيب في التاريخ (2/99 و13/443) من وجهين آخرين عن أنس مرفوعا وزاد في أحد اللفظيين: …ألا لاتصلوا معهم، ألا ولا تصلوا عليهم، عليهم حلت اللعنة. وكلا الوجهين لا يصح. وله لفظ آخر من حديث جابر.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 17/hadith : 349) dan dalam al-Awsat (juz 1/hadith : 459), al-Ajuri dalam al-Arba’un (hlmn 45), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (2/11) dan al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih (2/631) melalui sanad al-Humaidi, katanya Muhammad bin Talhah al-Taimi telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Abd al-Rahman bin Salim telah menceritakan kepadaku daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Utbah bin ‘Uwaim bin Sa’idah daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Tabarani berkata: "Hadith ini tidak diriwayatkan daripada ‘Uwaim bin Sa’idah melainkan dengan sanad ini. Muhammad bin Talhah bersendirian meriwayatkannya".
Saya berkata: Sanadnya dha’if kerana dua punca: Pertama: ‘Abd al-Rahman bin Salim seorang yang Majhul al-‘Ain Wa al-Shifah (Tidak dikenali identiti dan sifat), tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain Muhammad bin Talhah. Al-Hafiz dalam al-Taqrib jelas menyebutkan bahawa beliau seorang majhul (tidak dikenali). Kedua: Salim bin ‘Abd al-Rahman juga tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain anaknya, iaitu ‘Abd al-Rahman, beliau juga majhul seperti anaknya. Al-Bukhari berkata tentang hadith ini: "Tidak sahih". Dinukilkan oleh al-Hafiz dalam biografi ‘Abd al-Rahman bin Salim melalui kitab al-Tahzib.
Hadith tersebut mempunyai sokongan melalui hadith Anas RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa (1/126) melalui sanad Ahmad bin ‘Imran al-Akhnasi, katanya ‘Abd al-Rahman bin Muhammad al-Maharibi telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Ubaidah bin Abi Ra’itah al-Khuza’ei telah menceritakan kepada kami daripada Abu Ja’far daripada Anas secara marfu’: "Sesungguhnya Allah telah memilihku, lalu Dia telah memilih untukku sahabat-sahabat dan ipai-duai. Akan datang satu kaum yang akan mencela mereka dan menghina mereka, maka janganlah kamu saling duduk bersama mereka, jangan saling minum, jangan saling makan dan jangan saling berkahwin dengan mereka".
Ianya batil, al-Bukhari berkata tentang Ahmad bin ‘Imran: "Munkar al-Hadith". Abu Hatim dan Abu Zur’ah telah meninggalkan riwayat beliau. Dalam sanadnya terdapat perawi-perawi yang Majhul. Berlaku banya percanggahan pada sanadnya. Al-‘Uqaili telah meriwayatkan kesemuanya. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Khatib dalam al-Tarikh (2/99, 13/443) melalui dua sanad yang lain daripada Anas secara marfu’, salah satu lafaznya ada penambahan: "…Ingatlah! Janganlah kamu solat bersama mereka. Ingatlah! Jangan kamu solatkan jenazah mereka. Telah halal laknat kepada mereka..". Kedua-dua sanad tersebut tidak sahih. Terdapat satu lafaz lain melalui hadith Jabir.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs