Sesungguhnya Allah telah memilih para sahabatku atas sekalian alam selain para Nabi dan para Rasul

TEKS BAHASA ARAB

إن الله اختار أصحابي على العالمين سوى النبيين والمرسلين واختار لي من أصحابي أربعة يعني أبا بكر وعمر وعثمان وعليا رحمهم الله فجعلهم أصحابي وقال في أصحابي: كلهم خير واختار أمتي على الأمم واختار أمتي أربع قرون القرن الأول والثاني والثالث والرابع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah memilih para sahabatku atas sekalian alam selain para Nabi dan para Rasul. Allah telah memilih untukku empat orang dalam kalangan sahabatku, iaitu Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali r.a. Allah telah menjadikan mereka sebagai sahabatku. Kesemua mereka ada terbaik. Allah juga telah memilih umatku berbanding umat-umat lain dan telah memilih empat kurun dalam kalangan umatku iaitu kurun pertama, kurun kedua, kurun ketiga dan kurun keempat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 91, hadis nombor 72. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه البزار (ج 3/ رقم 2763) ، وابن حبان في ((المجروحين)) (2/ 41) ، والخطيب في ((التاريخ)) (3/ 162) ، وفي ((الموضح)) (2/ 280) من طريق عبد الله بن صالح، ثنا نافع بن يزيد، حدثني أبو عقيل زهرة بن معبد، عن سعيد بن المسيب، عن جابر مرفوعاً فذكره. قال البزار ((لا نعلمه يروي عن جابر إلا بهذا الإسناد، ولم يشارك عبد الله بن صالح في روايته هذه عن نافع بن يزيد أحد نعلمه)) .
قلت: قد توبع عبد الله بن صالح عليه. أخرجه الخطيب في ((الموضح)) (2/ 280) من طريق أبي العباس الأثرم، محمد بن أحمد، حدثنا علي بن داود القنطري، حدثنا سعيد بن أبي مريم وعبد الله بن صالح، عن نافع فذكره. ولكن يبدو أن هذه المتبعة لا تثبت؛ فَقَدْ قالَ أحمد بن محمد التستري:
((سألت أبا زرعة عن حديث زهرة بن معبد في الفضائل، فقال: باطل، وضعه خالد المصري، ودلسه في كتاب أبي صالح فقلت: فمن رواه عن سعيد بن أبي مريم؟ قالَ: هذا كذاب، قدْ كانَ محمد بن الحارث العسكري حدثني بهِ عن أبي صالح وسعيد)) . فعلق الذهبي بقوله: ((قلْتُ:: قدْ رواه ثقة عن الشيخين، فلعله مما أدخل على نافع، مع أن نافع بن يزيد صدوق يقظ)) أ. هـ‍. قلْتُ:: فيظهر مما سبق أن متابعة سعيد بن أبي مريم لا تصح، إنما هي مفتعلة ثمَّ ألصقت بالثقات، وبقى عبد الله بن صالح وقدْ تفرد بالحديث، وكما يظهر أنه أدخل عليهِ بسبب غفلته فحدث بهِ. قالَ الذهبي: ((فقامت عليهِ القيامة)) قالَ أبو زرعة: ((بُلي أبو صالح بخالد بن نجيح في حديث زهرة بن معبد، عن سعيد وليس له أصل)) . وقال النسائي: ((حديث موضوع)) . أما الحافظ ابن حجر فقال في ((الإصابة)) (1/ 13) : ((رجاله موثقون)) . وقال الهيثمي (10/ 16) : ((رجاله ثقات، وفي بعضهم خلاف)) . فهذا لا يعارض ما تقدم. والله أعلم.

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz 3/ hadith : 2763), Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/41), al-Khatib dalam al-Tarikh (3/162) dan dalam al-Mudhih (2/280) melalui sanad Abd Allah bin Soleh, katanya Nafi’ bin Zaid telah menceritakan kepada kami, katanya Abu ‘Aqil Zahrah bin Ma’bad telah menceritakan kepada kami daripada Sa’id bin al-Musayyib daripada Jabir secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkannya. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui yang meriwayatkannya daripada Jabir kecuali dengan sanad ini. ‘Abdulllah bin Soleh dalam riwayat beliau ini daripada Nafi’ bin Yazid, beliau tidak berkongsi dengan sesiapapun setahu kami".
Saya berkata: Riwayat Abd Allah bin Soleh ada sokongan. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Khatib dalam al-Mudhih (2/280) melalui sanad Abu al-‘Abbas al-Athram Muhammad bin Ahmad, katanya ‘Ali bin Daud al-Qintari telah menceritakan kepada kami, katanya Sa’id bin Abi Maryam dan Abd Allah bin Soleh telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’, lalu beliau pun menyebutkannya. Namun, yang nyata adalah sokongan ini tidak thabit. Ahmad bin Muhammad al-Tustari telah berkata: "Saya telah bertanya Abu Zur”ah tentang hadith Zahrah bin Ma’bad berkenaan fadhilat-fadhilat, lalu beliau berkata: Batil, Khalid al-Misri yang telah mereka-rekanya. Beliau telah disembunyikan dalam kitab Abu Soleh, lalu saya berkata: ‘Siapakah yang meriwayatkannya daripada Sa’id bin Abi Maryam?’, kata Abu Zur’ah: "Inilah pendusta. Muhammad bin al-Harith al-‘Askari telah menceritakan kepadaku hadith tersebut daripada Abu Soleh dan Sa’id". Al-Zahabi telah memberikan komentar, katanya: "Saya berkata: Seorang perawi thiqah telah meriwayatkannya daripada dua guru, boleh jadi hadith tersebut dimasukkan ke dalam riwayat Nafi, Nafi’ bin Yazid itu sendiri seorang yang saduq lagi cakna".
Saya berkata: Zahirnya melalui kenyataan-kenyataan tersebut adalah sokongan Sa’id bin Abi Maryam tidak sahih. Ianya adalah rekaan kemudian ditampal dengan perawi-perawi thiqah. Tinggal lagi ‘Abd Allah bin Soleh bersendirian meriwayatkan hadith tersebut. Juga yang jelasnya, hadith tersebut telah diseludup masuk ke dalam riwayat ‘Abd Allah, disebabkan oleh sifat pelupa beliau, menyebab beliau pun menceritakan hadith tersebut. Al-Zahabi berkata: "Kiamat telah berlaku ka atasnya". Abu Zur’ah berkata: "Abu Soleh telah diuji dengan Khalid bin Najih dalam hadith Zahrah bin Ma’bad daripada Sa’id, ianya tidak ada asal". Al-Nasa’ei berkata: "Hadith mawdhu’". Adapun al-Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah (1/13) berkata: "Para perawinya dinilai thiqah". Al-Hatihami (10/16) berkata: "Perawi-perawinya thiqah, sebahagian mereka ada khilaf". Ini tidaklah bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs