Sesungguhnya Allah SWT membenci orang tua al-Ghirbib

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يبغض الشيخ الغربيب. قال رشدين: الذي يخضب بالسواد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah membenci orang tua al-Ghirbib. Risydin berkata: Iaitu yang mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk menutup uban di kepalanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis nombor 58. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله يبغض الشيخ الغربيب. قال رشدين: الذي يخضب بالسواد)).
[عد، ((الضعيفة)) (1471)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah membenci orang tua al-Ghirbib. Risydin berkata: Iaitu yang mewarnakan rambut dengan warna hitam untuk menutup uban di kepalanya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1471]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs