Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألاَ إنَّ الكذبَ يَسَوِّدُ الوجهَ، والنَمِيْمَةُ (يعني فيه) عذابَ القَبْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Ketahuilah bahawa berbohong itu akan menggelapkan wajah, dan al-namimah (mengadu domba) itu termasuk dalam azab kubur.
Sahabat Perawi
- Abu Barzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis no. 59. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي برزة - رضي الله عنه-، قال: سمعتُ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((ألا إن الكذب يسود الوجه، والنميمة (يعني فيه) عذاب القبر)). [ع، حب، هب، عد، ((الضعيفة)) (1496)]
(Palsu) Daripada Abu Barzah RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah bahawa berbohong itu akan menggelapkan wajah, dan al-namimah (mengadu domba) itu termasuk dalam azab kubur. [Riwayat Abī Ya‘lā, Ibn Ḥibbān, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1496]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman