Hiasilah agama kamu dengan kedua-dua sifat pemurah dan akhlak yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله استخلص هذا الدين لنفسه، فلا يصلح لدينكم إلا السخاء وحسن الخلق، ألا فزينوا دينكم بهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyucikan agama ini dengan diri-Nya sendiri. Tidak ada kebaikan buat agama kamu melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik. Maka hiasilah agama kamu dengan kedua-dua sifat pemurah dan akhlak yang baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis nombor 57. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمران بن حصين – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله استخلص هذا الدين لنفسه، فلا يصلح لدينكم إلا السخاء وحسن الخلق، ألا فزينوا دينكم بهما)).
[طس، ((الضعيفة)) (1282)]

(Palsu) Daripada ‘Imran bin Husain RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menyucikan agama ini dengan diri-Nya sendiri. Tidak ada kebaikan buat agama kamu melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik. Maka hiasilah agama kamu dengan kedua-dua sifat pemurah dan akhlak yang baik.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1282]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.