Sesungguhnya 'Uthman merupakan orang pertama berhijrah kerana Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن عثمان أول من هاجر إلى الله بأهله بعد لوط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ‘Uthman merupakan orang pertama berhijrah kerana Allah beserta ahli keluarga beliau selepas Lut.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 58, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه يعقوب بن سفيان في المعرفة (3/ 255) وابن أبي عاصم في السنة (2/ 596) وفي الأوائل (ق 15/ 1) والطبراني في الكبير (143/ 1/ 47) ، والبيهقي في الدلائل كما في البداية والنهاية (3/ 66) وكذا أبو يعلى في مسنده وابن مردويه كما في الدر المنثور (5/ 144) من طريق بشار بن موسى الحفاف، ثنا الحسن بن زياد، إمام مسجد محمد بن واسع، قال: سمعت قتادة يقول: ثنا النضر بن أنس، عن أنس قال: خرج عثمان مهاجر إلى أرض الحبشة ومعه ابنة النبي صلى الله عليه وآله وسلم، فلما احتبس عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم خبرهم فكان يخرج فيتوكف عنهم الخبر، فجاءته امرأة فأخبرته فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: صحبهما الله، إن عثمان فذكره.
قلت: وسنده ضعيف جدا. فأما بشار بن موسى فضعفه الأكثرون. قال ابن معين، والنسائي: ليس بثقة. وزاد ابن معين من الدجالين. وضعفه أبو زرعة، وأبو داود وابن المديني وعمرو بن علي وقال البخاري: منكر الحديث قد رأيته، وكتبت عنه، وتركت حديثه. وأما أحمد فكان حسن الرأي فيه، هذا لا يقدم إلى قول الجارحين وإن جنح إليه ابن عدي. والحسن بن زياد ليس هو اللؤلؤي الكذاب، صاحب أبي حنيفة، وإنما هو البرجمي، قال الهيثمي في المجمع (9/ 81) : لم أعرفه. وله شاهد من حديث أسماء بنت أبي بكر، قالت: كنت أحمل الطعام إلى أبي وهو مع رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بالغار، فاستأذنه عثمان في الهجرة، فأذن له في الهجرة إلى الحبشة، فحملت الطعام فقال لي: ما فعل عثمان ورقية؟ قلت: قد سار فالتفت إلى أبي بكر وقال: والذي نفسي بيده، إنه أول من هاجر بعد إبراهيم ولوط. أخرجه ابن منده في الصحابة عن هشام بن عروة عن أبيه، عنها قال الحافظ في الإصابة (7/ 649- 650) : سنده واه وفي هذا السياق من النكارة أن هجرة عثمان إلى الحبشة كانت حين هجرة النبي – صلى الله عليه وسلم -؛ وهذا باطل؛ إلا أن كان المراد بالغار غير الذي كانا فيه لما هاجرا إلى المدينة والذي عليه أهل السير أن عثمان رجع إلى مكة من الحبشة مع من رجع، ثم هاجر بأهله إلى المدينة، ومرضت بالمدينة لما خرج النبي صلى الله عليه وآله وسلم إلى بدر، فتخلف عثمان عليها عن بدر، فماتت يوم وصول زيد بن حارثة مبشرا بوقعة بدر. أ. هـ‍. قلت: وهذا تحقيق بديع من الحافظ رحمه الله، غير قوله: إلا أن كان المراد بالغار الخ. فهذا احتمال فيه تعسف وتكلف، لأنه يخالف الحقائق الثابتة في السيرة. والله أعلم.
وبالجملة: فالحديث منكر. ولا يغتر بإيراد الحافظ له في الفتح (7/ 188) ساكتا عليه، بل كأنه احتج به. فإنه خلاف التحقيق. والذي تحرر عندي أنه ليس كل حديث يسكت عليه الحافظ في الفتح يكون حسنا أو نحوه كما صرح هو بذلك، فقد أخل بشرطه هذا في مواضع كثيرة وعذره: أن الشارح قد يشترط على نفسه شرطا فيوفى به زمنا ثم لا ينشط لتحقيق كل حديث لا سيما في مثل فتح الباري فإن فيه جمهرة كثيرة من الأحاديث وتحرى إيراد الثابت منها أمر لعله يصعب حتى على مثل الحافظ ابن حجر مع سعة دائرة حفظه، وجودة علمه، والإحاطة لله تعالى وحده. ولعله يكون عذرا مقبولا. والله تعالى أعلم.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ya’qub bin Sufyan dalam al-Ma’rifah (3/255), Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah (2/596) dan dalam al-Awail (hlm. 15/1), al-Tabarani dalam al-Kabir (143/1/47), al-Baihaqi dalam al-Dalail – sebagaimana dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah (3/66) – demikian juga Abu Ya’la dalam Musnad beliau dan Ibn Mardawaih – sebagaimana dalam al-Dur al-Manthur (5/144) – melalui sanad Bashar bin Musa al-Khaffaf [penterjemah: edisi Maktabah Shamilah tertulis: al-Haffaf, ianya suatu kesilapan], katanya al-Hasan Ibn ZIyad Imam Masjid Muhammad bin Wasi’ telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku telah mendengar Qatadah berkata: al-Nadhr bin Anas telah menceritakan kepada kami daripada Anas, katanya: ‘Uthman telah keluar berhijrah ke bumi Habshah dan turut bersama beliau adalah anak perempuan Nabi SAW. Apabila berita tentang mereka terhalang kepada Nabi SAW, Baginda SAW selalu keluar bertanya khabar mereka. Lalu, seorang wanita memberitahu Baginda SAW. Lantas Nabi SAW bersabda: "Semoga Allah bersama mereka berdua…..sesungguhnya ‘Uthman….Baginda SAW pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanadnya dha’if jiddan. Bashar bin Musa, kebanyakkan ulama menilai beliau sebagai dha’if.Ibn Ma’in dan al-Nasa’ei berkata: "Beliau tidak Thiqah". Ibn Ma’in menambah: "Beliau termasuk dalam kalangan dajjal". Abu Zur’ah, Abu Daud, Ibn al-Madini dan ‘Amr bin ‘Ali menilai beliau sebagai dha’if. Al-Bukhari pula berkata: "Munkar al-Hadith, saya pernah melihat beliau dan saya telah menulis daripada beliau, saya juga meninggalkan hadith beliau". Manakala, Ahmad berpandangan baik terhadap beliau. Pun begitu, ini (pandangan Ahmad) tidak boleh mendahului pandangan ulama’ yang mengkritik, sekalipun Ibn ‘Adi cenderung kepadanya. Al-Hasan bin Ziyad pula beliau bukanlah al-Lu’lu’ei si pendusta, murid Abu Hanifah. Al-Hasan bin Ziyad ini adalah al-Burjami.
Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (9/81): "Saya tidak mengenali beliau". Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Asma’ binti Abi Bakar, kata beliau: "Aku membawa makanan kepada ayahku sewaktu beliau bersama Rasulullah SAW di gua Thur.’Uthman telah meminta izin kepada Baginda SAW untuk berhijrah, lalu Baginda SAW izinkan beliau berhijrah ke Habshah. Aku pun membawa makanan, Baginda SAW bertanya kepadaku: "Apakah yang dilakukan oleh ‘Uthman dan Ruqayyah?". Aku berkata: "Mereka berdua telah keluar berjalan". Baginda SAW pun berpaling kepada Abu Bakar seraya bersabda: "Beliau adalah orang pertama berhijrah selepas Ibrahim dan Lut". Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Mandah dalam al-Sahabah daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada Asma’.
Al-Hafiz berkata dalam al-Isabah (7/649-650): "Sanadnya Wahin (Terlalu Dha’if), dalam lafaz hadith ini adanya perkara yang munkar, iaitu ‘Uthman berhijrah ke Habshah ketikah Nabi SAW berhijrah. Ini adalah Batil (Karut), melainkan jika gua yang dimaksudkan bukan gua yang Baginda SAW bersama Abu Bakar berada sewaktu berhijrah ke Madinah! Apa yang dipegang oleh Ahli Sirah adalah ‘Uthman telah pulang ke Makkah dari Habshah bersama orang-orang yang pulang, kemudian beliau bersama isteri beliau telah berhijrah ke Madinah dan isteri beliau sakit sewaktu di Madinah. Ketika Nabi SAW keluar ke Badar, ‘Uthman tidak turut serta ke Badar kerana isterinya. Isteri beliau meninggal pada hari ketika Zaid bin Harithah sampai membawa berita gembira tentang peperangan Badar….".
Saya berkata: Ini adalah penelitian yang kreatif daripada al-Hafiz RH, selain kata beliau: "…melainkan jika gua yang dimaksudkan…", ini adalah andaian yang menyukarkan, kerana ianya bercanggah dengan reality sebenar yang sabit dalam sirah. Wallahua’lam.
Kesimpulannya: Hadith tersebut adalah munkar, jangan terpedaya dengan sebab al-Hafiz memasukkannya dalam al-Fath (7/188) seperti menerimanya, bahkan seolah-olah al-Hafiz berhujjah dengannya. Ianya bercanggah dengan penelitian. Berdasarkan selidikan yang saya lakukan, bukan semua hadith yang al-Hafiz berdiam diri dalam al-Fath maka hadith tersebut adalah hasan atau seumpamanya sebagaimana yang beliau sendiri jelaskan berkenaannya. Beliau melanggar syaratnya ini dalam banyak tempat, sebabnya: penulis syarah kadangkala meetakkan syarat kepada dirinya sendiri, lalu dia menepatinya untuk satu jangka masa. Kemudian, dia tidak berkesempatan meneliti setiap hadith, lebih-lebih lagi seperti Fath al-Bari kerana di dalamnya terdapat himpunan besar hadith-hadith dan meneliti sudut sabitnya sebahagian hadith tersebut adalah perkara yang agak sukar hingga tokoh seperti al-Hafiz Ibn Hajar sekalipun hebat hafalannya dan bagus ilmunya. Ilmu yang menguasai segala benda hanyalah milik Allah sahaja. Diharapkan ianya termasuk keuzuran yang boleh diterima. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs