Sesungguhnya Allah meringankan bagi sesiapa yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya sepanjang tempoh hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يخفف على من يشاء من عباده طول يوم القيامة كوقت صلاة مكتوبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah meringankan bagi sesiapa yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya sepanjang tempoh hari kiamat itu seperti jangka masa satu solat fardu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis nombor 1963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الله يخفف على من يشاء من عباده طول يوم القيامة كوقت صلاة مكتوبة». [هب، «الضعيفة» (7097)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah meringankan bagi sesiapa yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya sepanjang tempoh hari kiamat itu seperti jangka masa satu solat fardu". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7097].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs