Hendaklah setiap kamu membaca ketika dia hendak tidur

TEKS BAHASA ARAB

ليقل أحدكم حين يريد أن ينام: آمنت بالله، وكفرت بالطاغوت، وعد الله حق، وصدق المرسلون، اللهم! إني أعوذ بك من طوارق هذا الليل، إلا طارقا يطرق بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah setiap kamu membaca ketika dia hendak tidur (dengan ucapan): Aku beriman dengan Allah, dan aku kufur kepada taghut. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan telah benarlah para Rasul. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala musibah pada malam ini, melainkan musibah yang membawa kepada kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ليقل أحدكم حين يريد أن ينام: آمنت بالله، وكفرت بالطاغوت، وعد الله حق، وصدق المرسلون، اللهم! إني أعوذ بك من طوارق هذا الليل، إلا طارقا يطرق بخير)). [طب، وفي ((مسند الشاميين)) أيضا، ((الضعيفة)) (5611)]

(Lemah)
Daripada Abi Malik al-‘Asy‘ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah setiap kamu membaca ketika dia hendak tidur (dengan ucapan): Aku beriman dengan Allah, dan aku kufur kepada taghut. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan telah benarlah para Rasul. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala musibah pada malam ini, melainkan musibah yang membawa kepada kebaikan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Kabir dan dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5611]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.