Sesungguhnya Allah berbangga-bangga kepada para malaikat dengan seorang hamba yang tidur dalam keadaan dia bersujud

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يباهي الملائكة بالعبد إذا نام وهو ساجد؛ يقول: انظروا إلى عبدي هذا، نفسه عندي، وجسده في طاعتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berbangga-bangga kepada para malaikat dengan seorang hamba yang tidur dalam keadaan dia bersujud. Dia berfirman: "Kalian lihatlah kepada hamba-Ku ini. Jiwanya ada di sisi-Ku manakala jasadnya dalam ketaatan kepada-Ku".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis nombor 1962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الله يباهي الملائكة بالعبد إذا نام وهو ساجد؛ يقول: انظروا إلى عبدي هذا، نفسه عندي، وجسده في طاعتي». [ابن أبي الدنيا في «التهجد»، «الضعيفة» (6730)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah berbangga-bangga kepada para malaikat dengan seorang hamba yang tidur dalam keadaan dia bersujud. Dia berfirman: "Kalian lihatlah kepada hamba-Ku ini. Jiwanya ada di sisi-Ku manakala jasadnya dalam ketaatan kepada-Ku". [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6730].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.