Sesungguhnya Allah menjadikan isteri sebagai pakaian untuk kamu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله جعلها لك لباساً، وجعلك لها لباساً، وأهلي يرون عريتي – وفي لفظ: عورتي – وأنا أرى ذلك منهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai pakaian untuk kamu, keluargaku juga melihat diriku telanjang- pada lafaz ini “auratku”- dan aku juga melihat sebegitu pada diri mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 934, hadis nombor 4803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن مسعود [الكندي] وعمارة بن غراب اليحصبي: أن عثمان بن مظعون أتى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله إني لا أحب أن ترى امرأتي عريتي – وفي رواية: عورتي – قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: "ولم"؟ قال: أستحيي من ذلك وأكرهه. قال: ((إن الله جعلها لك لباساً، وجعلك لها لباساً، وأهلي يرون عريتي – وفي لفظ: عورتي – وأنا أرى ذلك منهم))، قال: أنت تفعل ذلك يا رسول الله؟ قال: "نعم"، قال: فمن بعدك؟! فلما أدبر قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن ابن مظعون لحيي ستير)).
[ابن سعد، الحارث، ((الضعيفة)) (3066)].

(Lemah)
Daripada Saad bin Mas’ud (al-Kindi) dan Umarah bin Ghurab al-Yahsabi: Bahawa Usman bin Ma’zun mendatangi Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak suka apabila isteriku melihat diriku telanjang – di dalam riwayat yang lain “auratku”- Rasulullah SAW pun berkata: “Kenapa?”. Dia berkata: “Aku berasa malu dan aku tidak sukakannya”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai pakaian untuk kamu, keluargaku juga melihat diriku telanjang- pada lafaz ini “auratku”- dan aku juga melihat sebegitu pada diri mereka”. Lalu dia bertanya: Kamu juga berbuat sedemikian wahai Rasulullah?” Lalu baginda menjawab: “Ya”. Dia bertanya lagi: “Dan siapa lagi selepas kamu?”. Semasa aku berpaling, Rasulullah SAW pun berkata: “Sesungguhnya Ibn Ma’zun hidup di sebalik tabir (tertutup dan tersembunyi)”.
[Riwayat Ibn Saad, al-Haris. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3066]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.