Sesungguhnya Allah Azzawajalla berasa kagum dengan seorang lelaki yang bergurau senda bersama Isterinya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله -عز وجل – ليعجب من مداعبة المرء وزوجته، فيكتب لهما بذلك أجراً، ويجعل لهما بذلك رزقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Azzawajalla berasa kagum dengan seorang lelaki yang bergurau senda bersama Isterinya, dituliskan baginya satu kebaikan serta dikurniakan bagi mereka rezeki kerana perkara tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 934, hadis nombor 4804. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله – عز وجل – ليعجب من مداعبة المرء وزوجته، فيكتب لهما بذلك أجراً، ويجعل لهما بذلك رزقاً)).
[الأصبهاني في ((الحجة))، فر، ((الضعيفة)) (3104)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Azzawajalla berasa kagum dengan seorang lelaki yang bergurau senda bersama Isterinya, dituliskan baginya satu kebaikan serta dikurniakan bagi mereka rezeki kerana perkara tersebut.
[Riwayat al-Ashafani dalam al-Hujah, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3104].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs