TEKS BAHASA ARAB
مهنة إحداكن في بيتها تدرك به عمل المجاهدين في سبيل الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Melakukan tugasan kamu di rumah menyamai amalan mereka yang berjihad di jalan Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 933, hadis nombor 4799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: أتى النساء رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقلن: يا رسول الله – صلى الله عليه وسلم-! ذهب الرجال بالفضل بالجهاد في سبيل الله، فدلنا على شيء ندرك به عمل المجاهدين في سبيل الله؟ فقال: ((مهنة إحداكن في بيتها تدرك به عمل المجاهدين في سبيل الله)).
[ع، البزار، طس، ابن شاهين، أبو الحسن السكري في ((الثاني من الفوائد))، ابم حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (2744)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas RA berkata: Telah datang sekelompok wanita kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah SAW! Kaum lelaki telah pergi ke medan peperangan untuk meraih fadhilat berjihad di jalan Allah, maka tunjukkanlah kepada kami sesuatu amalan untuk kami yang menyamai fadhilat berjihad di jalan Allah?” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Melakukan tugasan kamu di rumah menyamai amalan mereka yang berjihad di jalan Allah”.
[Riwayat Musnad Abu Ya’la, al-Barraz, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Syahin, Abu al-Hasan al-Sakri dalam al-Tsani min al-Fawaid, dan Ibn Hibban dalam al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2744].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.