TEKS BAHASA ARAB
إن الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة كريم يحب الكرم جواد يحب الجود.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah Maha Cantik dan Dia sukakan kecantikan. Allah Maha Bersih, Dia sukakan kebersihan. Allah Maha Mulia, Dia sukakan kemulian. Allah Maha Pemurah, Dia sukakan sifat pemurah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 237, hadis nombor 183. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعيف.
أخرجه الترمذي (2799) ، وابن عدي (878/ 3) ، والخطيب في الجامع (ق 86/ 2) من طريق خالد بن إلياس عن مهاجر بن مسمار حدثني عامر بن سعد، عن أبيه مرفوعاً فذكره. زاد ابن عدي: فنظفوا بيوتكم ولا تشبهوا بيهود التي تجمع الأكباء في دورها. وهي للترمذي بدون قوله: التي تجمع الخ. قال الترمذي: هذا حديث غريب خالد بن إلياس يضعف.
قلت: تركه أحمد، وقال البخاري: منكر الحديث. ويشهد لأوله قوله صلى الله عليه وسلم: إن الله طيب لا يقبل إلا طيباً. أخرجه الشيخان وغيرهما.
Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (2799), Ibn ‘Adi (3/878), dan al-Khatib dalam al-Jami’ (hlm.86/2) melalui sanad Khalid bin Ilyas daripada Muhajir bin Mismar, katanya ‘Amir bin Sa’d telah menceritakan kepadaku daripada ayahnya secara marfu’…lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Ibn ‘Adi menambah dalam riwayatnya: "Oleh itu, bersihkanlah rumah-rumah kamu, jangan kamu menjadi seperti Yahudi yang mengumpulkan kegagalan-kegagalan di rumahnya". Penambahan tersebut terdapat dalam al-Tirmizi, kecuali sabda Baginda SAW: "yang mengumpulkan….".
Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith yang gharib, Khalid bin Ilyas dinilai dha’if".
Saya berkata: Ahmad telah meninggalkan riwayatnya dan al-Bukhari pula berkata: "Munkar al-Hadith". Bahagian pertama sabda Baginda SAW SAW: "Sesungguhnya Allah Maha Cantik dan Dia tidak menerima kecuali yang elok…". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.