Sesiapa yang mengarang satu bait syair selepas solat 'Isyak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرض بيت شعر بعد العشاء الآخرة، لم تقبل له صلاة تلك الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengarang satu bait syair selepas solat ‘Isyak, maka solatnya tidak akan diterima pada malam tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 238-240, hadis nombor 184. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه أحمد (4/ 125) والبزار (2/ 453-454) والعقيلي في الضعفاء (ق 164/ 2) والطبراني في الكبير كما في المجمع (1/ 315) وابن الجوزي في الموضوعات (1/261) من طريق بن سويد عن عاصم بن مخلد عن أبي الأشعث الصنعاني، عن شداد بن أوس مرفوعا فذكره.
قال البزار: لا نعلمه يروى إلا من هذا الوجه، وعاصم لا نعلم روى عنه إلا قزعة. وقزعة ليس به بأس ولكن ليس بالقوي، وقد حدث عنه أهل العلم.
وقال العقيلي: عاصم بن مخلد لا يتابع عليه، ولا يعرف إلا به.
قلت: وهذا سند ضعيف وفيه علتان:
الأولى: ضعف قزعة بن سويد. ضعفه ابن معين في رواية وأبو داود والعباس العنبري والنسائي. وقال أحمد: مضطرب الحديث، هو شبه المتروك. وقال أبو حاتم والبخاري: ليس بذاك القوي زاد أبو حاتم: محله الصدق وليس بالمتين يكتب حديثه ولا يحتج به. وقال العجلي: لا بأس به، وفيه ضعف. قال الحافظ في القول المسدد (ص – 30) : فالحاصل من كلام هؤلاء الأئمة فيه، أن حديثه في مرتبة الحسن مع أنه صرح في التقريب بأنه: ضعيف وهو الصواب ولا ينفي هذا أن يتقوى حديثه في المتابعات والشواهد.
ولم أقف له على شيء من ذلك.
الثانية: عاصم بن مخلد لا يعرف كما قال الذهبي فقد تفرد عنه قزعة المذكور. ولكنه توبع. تابعه عبد القدوس بن حبيب عن أبي الأشعث به.
أخرجه البغوي أبو القاسم في الجعديات قال: حدثني علي بن الجعد، ثنا عبد القدوس به. قال الحافظ في القول : ولكن عبد القدوس ضعيف جدا كذبه ابن المبارك، فكان العقيلي لم يعتد بمتابعته. وقد سلك الحافظ طريقا آخر فقال: وعاصم ما هو من المجهولين بل ذكره ابن حبان في الثقات.
قلت: وهذا جواب غريب صدوره من مثل الحافظ، فإن تحقيقاته طافحة بأن ذكر ابن حبان للرجل في الثقات لا يخرجه عن حد الجهالة. وقد قال الذهبي في ترجمة عمارة بن حديد من الميزان (3/ 175) : وعمارة مجهول كما قال الرازيان، ولا يفرح بذكر ابن حبان له في الثقات فإن قاعدته معروفة من الاحتجاج بمن لا يعرف. أهـ‍.
وللحافظ نفسه تحقيق في رد مذهب ابن حبان تجده في مقدمته على لسان الميزان. وقد اختلف على أبي الأشعث في إسناده. فرواه موسى بن أيوب، عن الوليد بن مسلم، عن الوليد بن سليمان عنه عن عبد الله بن عمرو مرفوعا به.
ذكره ابن أبي حاتم في العلل (2/ 263/ 2285) ونقل قول أبيه: هذا خطأ، الناس يروون هذا الحديث ولا يرفعونه، يقولون: عبد الله بن عمرو فقط. قلت: الغلط ممن هو؟ قال: من موسى لا أدري من أين جاء به مرفوعا؟. أهـ‍.
قلت: والوليد بن مسلم كان يدلس تدليس التسوية، ولم يصرح بتحديث. أما متن الحديث ففيه نكارة من جهة أن قرض الشعر مباح، فكيف يعاقب فاعله بأن لا يقبل له صلاة. قال الحافظ يرد على ابن الجوزي: فلو علل بهذا لكان أليق . وعلى كل حال فليس في الحديث ما يقتضي أن يكون موضوعا كما فعل ابن الجوزي رحمه الله تعالى.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ahmad (4/125), al-Bazzar (2/453-454), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 164/2), al-Tabarani dalam al-Kabir sebagaimana dalam al-Majma’ (1/315) , Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (1/261) melalui sanad Tariq bin Suwaid daripada ‘Asim bin Makhlad daripada Abu al-Ash’ath al-San’ani daripada Shaddad bin Aws secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahuinya melainkan melalui sanad ini, ‘Asim tidak kami ketahui adanya perawi yang meriwayatkan daripada beliau kecuali Fazi’ah, Fazi’ah tidak ada masalah, namun beliau seorang yang tidak kuat hafalan. Ahli ilmu turut meriwayatkan daripada beliau". Al-‘Uqaili berkata: "’Asim bin Makhlad tidak ada sokongan terhadap riwayat beliau dan beliau tidak dikenali melainkan melalui hadith ini".
Saya berkata: Sanad ini dha’if, di dalamnya terdapat dua kecacatan:
Pertama : Fazi’ah bin Suwaid adalah dha’if. Beliau telah dinilai sahih oleh Ibn Ma’in dalam satu riwayat, Abu Daud, al-‘Abbas al-‘Anbari dan al-Nasa’ei. Ahmad berkata: "Mudhtarib al-Hadith, beliau seakan-akan Matruk". Abu Hatim dan al-Bukhari berkata: "Beliau tidak kuat", Abu Hatim menambah: "Tempat beliau benar, beliau tidak kuat, hadith beliau boleh ditulis, namun tidak boleh berhujjah dengan riwayat beliau". Al-‘Ijli berkata: "Beliau tidak bermasalah, Cuma terdapat kelemahan pada beliau". Al-Hafiz berkata dalam al-Qawl al-Musaddad (hlm. 30): "Kesimpulan daripada kalam para Imam terhadap beliau adalah hadithnya pada peringkat hasan". Sedangkan beliau menyebutkan jelas dalam al-Taqrib bahawa Fazi’ah seorang dha’if. Inilah yang benar, namun tidaklah menafikan bahawa hadithnya boleh dikuatkan ketika adanya mutaba’ah dan shawahid. Dalam isu ini, saya tidak menemui mana-mana sokongan.
Kedua : ‘Asim bin Makhlad tidak dikenali sebagaimana yang disebutkan oleh al-Zahabi. Fazi’ah telah bersendirian meriwayatkan daripada beliau sebagaimana telah disebutkan. Namun, beliau disokong. ‘Abd al-Quddus bin Habib menyokong riwayat beliau daripada Abu al-Ash’ath dengan sanadnya. Al-Baghawi Abu al-Qasim telah mengeluarkannya dalam al-Ja’diyat, katanya: ‘Ali bin al-Ja’d telah menceritakan kepadaku, katanya ‘Abd al-Quddus telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya.
Al-Hafiz berkata dalam al-Qawl: "Namun, ‘Abd al-Quddus seorang yang Dha’if Jiddan, Ibn al-Mubarak menilai beliau sebagai seorang pendusta. Al-‘Uqaili tidak mengambilkira riwayat sokongan beliau". Al-Hafiz turut melalui satu kaedah lain, beliau berkata: "’Asim bukan salah seorang perawi yang Majhul, bahkan Ibn Hibban telah menyebutkan beliau dalam al-Thiqat".
Saya berkata: Ini adalah jawapan yang pelik keluar daripada tokoh seumpama al-Hafiz, kerana penelitian-penelitian beliau dipenuhi dengan kenyataan bahawa perawi-perawi yang Ibn Hibban sebutkan dalam al-Thiqat tidaklah mengeluarkan mereka daripada batasan majhul. Al-Zahabi berkata dalam biografi ‘Umarah bin Hadid dalam al-Mizan (3/175): "’Umarah seorang yang Majhul sebagaimana disebutkan oleh dua orang al-Razi (Abu Hatim dan Abu Zur’ah). Tidaklah mengembirakan sekalipun Ibn Hibban menyebutkan ‘Umarah dalam al-Thiqat kerana kaedah Ibn Hibban sudah diketahui bahawa beliau berhujjah dengan perawi-perawi yang tidak dikenali".
Al-Hafiz sendiri melakukan penelitian dalam menolak mazhab Ibn Hibban, boleh ditemui dalam pendahuluan beliau kepada Lisan al-Mizan. Telah berlaku perbezaan riwayat ke atas Abu al-Ash’ath dalam sanadnya. Musa bin Ayyub telah meriwayatkan daripada al-Walid bin Muslim daripada al-Walid bin Sulayman daripada beliau (Abu al-Ash’ath) daripada Abd Allah bin ‘Amr secara marfu’ hadith tersebut. Ibn Abi Hatim telah menyebutkan berkenaan beliau dalam al-‘Ilal (2/263/2285) menukilkan kata-kata ayahnya: "Ini adalah satu kesilapan. Perawi-perawi lain meriwayatkan hadith ini, namun mereka tidak meriwayatkannya secara marfu’. Mereka berkata: Abd Allah bin ‘Amr sahaja. Aku (Ibn Abi Hatim) berkata: "Kesilapan tersebut berpunca daripada siapa?". Abu Hatim menjawab: "Berpunca daripada Musa, aku tidak mengetahui daripada mana beliau bawakan hadith tersebut secara marfu’".
Saya berkata: al-Walid bin Muslim selalu melakukan Tadlis al-Taswiyah dan beliau tidak menyebutkan secara jelas lafaz al-Tahdith. Manakala, matan hadith tersebut pula terdapat hal yang munkar, kerana membuat syair adalah sesuatu yang harus. Bagaimana pula boleh dihukum pembuatnya bahawa tidak akan diterima solatnya. Al-Hafiz ketika menjawab Ibn al-Jawzi, beliau berkata: "Sekiranya beliau menilai cacat hadith ini disebabkan ini (matan hadith), adalah lebih patut". Apapun, dalam hadith ini tidak ada masalah yang menjadikannya sebagai Mawdhu’ sebagaimana yang dinilai oleh Ibn al-Jawzi. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.